" />

BUKAN PENGISYTIHARAN PERANG – TOK MAT HASAN

20
SHARES
221
VIEWS

Orang bukan Melayu tidak perlu berasa bimbang dengan agenda penyatuan bangsa Melayu yang sedang diterajui oleh dua parti siasah terbesar di negara ini iaitu UMNO dan PAS.

Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, agenda itu bukan dilaksanakan dengan tujuan untuk bergaduh dengan orang lain, sebaliknya negara akan stabil serta suhu politik akan aman dan sentosa.

“Tidak ada lagi politik pecah belah, hina-menghina, benci-membenci. Kita hanya hendak bersatu.

“Apabila orang Melayu yang membentuk peratusan penduduk paling besar bersatu maka tanah air kita akan aman dan sejahtera. Ekonomi akan jadi baik dan orang bukan Melayu pun akan dapat menikmati kesejahteraan ini bersama orang lain,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Makan Malam Bersama Presiden Pas anjuran Pas negeri ini di sini malam ini.

Yang turut hadir, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Mohamad berkata, orang bukan Melayu tidak perlu ragu-ragu atau menaruh syak wasangka yang bukan-bukan dalam isu penyatuan orang Melayu.

“Ini bukan `pengisytiharan perang’. Kita bukan hendak berperang dengan sesiapapun. Kita minta orang Melayu bersatu kerana sudah terlampau banyak berpecah.”

“Saya harap pihak yang tidak faham cuba mengerti bahawa ini sebenarnya adalah penyatuan ummah. Jangan ada rasa syak wasangka,” ujarnya.

Beliau percaya jika sebahagian besar rakyat sudah bersatu, secara automatik politik tanah air akan menjadi aman dan sejahtera seperti yang pernah dinikmati sebelum ini.

Jelasnya, pergeseran antara orang Melayu boleh menyebabkan tempiasnya turut dirasai oleh kaum lain.

(Dipetik dari Utusan Online)

Related Posts

Discussion about this post

Send this to a friend