RUNDINGKAN SEBARANG PERJANJIAN ANTARABANGSA DENGAN MAJLIS RAJA-RAJA

559
SHARES
2.8k
VIEWS

Mengambil iktibar dari keperluan meratifikasi ICERD yang mengakibatkan himpunan terbesar negara dan yang terkini Perjanjian Statut Rom, kerajaan Pakatan Harapan wajar mengambil inisiatif untuk merundingkan setiap perkara tersebut dengan Majlis Raja-Raja Melayu terlebih dahulu sebelum dimajukan.

Selain dapat mengelakkan kekeliruan, dalam masa yang sama Majlis Raja-Raja dapat mengambil maklum akan setiap perjanjian serta secara tidak langsung ia akan mengangkat martabat Raja-Raja Melayu di negara ini yang semakin lama semakin dipinggirkan.

Sebagai contoh Perjanjian Statut Rom ditandatangani dalam keadaan negara sedang meluap kemarahan kerana Nabi Muhammad SAW dan agama Islam dihina sehina-hinanya oleh beberapa individu Cina, kemudiannya setelah perkara tersebut dipertikai, baru Menteri Luar mengadap YDP Agong untuk memberikan penjelasan terperinci.

Apabila Tengku Mahkota Johor kemudiannya mempertikaikan perkara ini, Perdana Menteri pula mempersenda Baginda sebagai bukan ahli politik, sedangkan Baginda hanya berkata perkara yang sebenarnya yang akan berlaku kepada rakyat.

Walaupun ada beberapa pihak cuba mempertahankan tindakan Menteri Luar menandatangi Statut Rom tersebut dengan mengatakan tidak akan berlaku sebarang pengurangan kuasa terhadap Raja-Raja Melayu terutamanya YDP Agong, namun ramai pihak juga telah membuktikan banyak ‘ruang’ boleh ditembusi yang akhirnya akan ‘memaksa’ Perlembagaan untuk dipinda.

Dalam Artikel 17 Statut Rom, kes yang telah dibicarakan di mahkamah tempatan negara, boleh dibuka semula dan dibicarakan lagi di mahkamah antarabangsa sedangkan mahkamah tertinggi dan terakhir di Malaysia adalah Mahkamah Persekutuan dan bukannya mahkamah asing atau mahkamah antarabangsa.

Sebaliknya mahkamah tempatan tidak boleh membuka, membicara dan menjatuhkan hukuman ke atas kes yang sedang disiasat atau telah dijatuhkan hukuman oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa yang jelas bertentangan dengan Perlembagaan itu sendiri yang menetapkan Mahkamah Persekutuan sebagai mahkamah tertinggi dan terakhir.

Justeru, kerajaan digesa agar selepas ini sebarang perjanjian antarabangsa yang melibatkan negara tidak kira menyentuh apa isu sekalipun wajib dipersembahkan dan dibincangkan terlebih dahulu dengan Majlis Raja-Raja agar Raja-Raja Melayu ambil maklum dan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

Tidak perlulah segelintir cerdik pandai undang-undang akan membahaskan dan membantah keperluan dirunding dan dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja sebagai langkah pertama sebelum dibincangkan di luar negara, kononnya atas alasan tidak melanggar Perlembagaan jika tidak dirundingkan terlebih dahulu.

Tetapi lakukanlah atas dasar berhati-hati dengan tujuan utama agar Raja-Raja Melayu dapat dimaklumkan sepenuhnya lebih awal dan Raja-Raja Melayu sendiri akan berlapang dada jika ia baik untuk negara selagi tidak membelakangkan Perlembagaan.

Bukannya mengambil keputusan menandatangan sebarang perjanjian tanpa dimaklumkan kepada Majlis Raja-Raja, yang kemudiannya mungkin memberi kesan ke atas Raja-Raja Melayu dan Perlembagaan itu sendiri.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts