TUN MAHATHIR TAHU KISAH SEBENAR DAN WAJIB BELA MUHAMMAD ADIB

906
SHARES
3.5k
VIEWS

Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad menyifatkan serangan terhadap seorang anggota bomba oleh perusuh dalam insiden kekecohan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ 25, Putra Heights mempunyai niat untuk membunuh.

Kata Perdana Menteri, perbuatan itu jelas dilakukan oleh mereka yang tiada perasaan sehingga boleh membunuh mangsa.

“Melihat kepada keadaan mangsa, nampak jelas orang yang melakukannya mempunyai niat untuk membunuh.”

“Kita sedang berusaha sebaik mungkin mencari pelakunya. Kita tidak ada banyak bukti tapi polis akan buat siasatan rapi bagi mencari siapa yang melakukan tindakan berkenaan. Kita boleh ada demonstrasi tapi mestilah secara aman… Ini bukan demonstrasi.”

“Ini adalah sesuatu untuk membunuh orang dan mereka datang dengan parang dan segala senjata.”

Tun Mahathir dipetik berkata demikian pada sidang media di Institut Jantung Negara pada 28 November 2018.

Justeru Tun Mahathir sendiri wajar dipanggil untuk memberikan keterangan di inkues tersebut bagi memberi keadilan buat arwah Adib kerana jelas beliau mempunyai maklumat khusus yang telah dimaklumkan awal oleh pelbagai pakar  termasuk perubatan, polis, bomba dan lain-lain sebelum mengeluarkan kenyataan tersebut.

Inilah peluang terbaik buat beliau untuk menegakkan ‘rule of law‘ sepertimana laungan beliau sendiri selama ini kerana jika keadilan buat arwah Adib inipun tidak mampu beliau tegakkan, apatah lagi keadilan dan kesaksamaan dalam menegakkan undang-undang yang lain.

Rakyat perlu menuntut Tun Mahathir dipanggil untuk inkues tersebut ataupun beliau sendiri secara  terhormat boleh menawarkan diri secara sukarela untuk memberikan kenyataan kerana keadilan perlu ditegakkan.

Jika di inkues tersebut beliau mengeluarkan kenyataan bercanggah dengan kenyataan awalnya dalam sidang media yang diadakan pada 28 November lepas, maka hanya ada dua kemungkinan iaitu;

1) Tun Mahathir sendiri selaku Perdana Menteri ‘ditekan’ untuk mendiamkan perkara tersebut, atau

2) Tun Mahathir telah diberi maklumat yang tidak benar sebelum mengeluarkan kenyataan

Jika beliau diberikan maklumat yang tidak benar maka Tun Mahathir wajar menyelar semua pihak yang memberikan maklumat tersebut.

Tun Mahathir juga wajar mendakwa mereka kerana telah melakukan kesalahan yang serius sehingga mendorong beliau selaku Perdana Menteri memberi kenyataan tidak benar kepada media dan memperdaya rakyat.

Ini telah mengakibatkan satu negara tersalah anggap dan percaya bahawa arwah Adib telah dipukul sebegitu rupa dengan niat untuk membunuhnya.

Maka selepas ini apa sahaja yang Perdana Menteri Tun Mahathir cakapkan, satu negara wajar menyiasat kesahihannya terlebih dahulu kerana dikhuatiri ia juga kenyataan yang tidak benar.

Tetapi jika beliau ditekan untuk mendiamkan perkara tersebut, maka jelas ada tangan-tangan ghaib di belakangnya selama ini yang perlu satu negara khuatiri.

Tun Mahathir juga wajar meletakkan jawatan jika tidak berupaya ‘membebaskan’ dirinya dari dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu, yang hanya akan menghancurkan negara di kemudian hari.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts