MELAYU TIDAK EMOSI DALAM BERFIKIR, SEBALIKNYA ITU ADALAH SIKAP TUN DAIM

2k
SHARES
2.5k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA KETUA PENERANGAN PERKASA MALAYSIA

Oleh Nasrul Ali Hasan Abdul Latif

21 Mac 2019 | 12 Rejab 1440 (Khamis)

1. Terpanggil dengan kata-kata yang diucapkan oleh Tun Daim dalam ucapannya di UTM Skudai kelmarin. Kenyataan Melayu berfikiran secara emosi ini adalah satu kenyataan paling tak masuk akal. Ianya seperti mempunyai agenda tersirat Tun Daim bagi meraih populariti di kalangan orang dagang di bumi Melayu ini. Ia juga bersifat ingin memecahbelah dan menjahanamkan bangsa Melayu itu sendiri dek kerana kerakusan untuk mendapatkan perhatian bangsa selain Melayu.

2. Setakat ini di mana pemikiran secara beremosi yang dikatakan beliau? Kecenderungan berfikir secara emosi tidak boleh dirujuk terus pada sesuatu kaum tapi jika nak dibandingkan, orang Cina dan India juga beremosi apabila berfikir. Pantang ada silap sikit melenting macam cacing kepanasan, sementara orang Melayu kerana tidak beremosilah kedudukan mereka dipijak-pijak oleh bangsa lain.

3. Sebagai contoh kes kuil di Seafield dan kematian pegawai bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim, siapakah yang beremosi apabila tekanan berlaku terhadap bangsa mereka? Kaum India berhimpun dan bertindak ganas dengan memecah dan membakar kenderaan orang awam, memukul dan cubaan mencederakan penjawat awam tanpa belas ihsan.

Begitu juga kaum cina yang beriya mendesak kes Teoh Beng Hock hingga mengadakan demonstrasi jalanan walaupun ianya telah melalui inkues dan seterusnya diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja hinggalah SPRM dikehendaki membayar ganti rugi atas kematian mendiang.

Begitu juga yang membuat penghinaan terhadap orang Islam dan Nabi Muhammad yang dilakukan oleh orang Cina dan India seperti hilang kewarasan dalam melemparkan kata-kata. Tapi orang Melayu Islam walau dikeji sedemikian rupa, mereka sekadar mengadakan himpunan secara aman bagi menyampaikan rasa tidak puas hati dengan cara berkumpul, berucap dan membacakan doa selamat seterusnya beredar dengan aman.

4. Apakah maksudnya dengan Melayu tidak berfikiran strategik, logik dan kritikal? Adakah Tun Daim cuba menampakkan dirinya sahaja yang paling bijak walhal orang Melayu seperti tidak berotak? Perjuangan atas nama bangsa Melayu di Malaysia ini juga merupakan sebuah tuntutan di dalam pembentukan akidah umat Islam di Malaysia.

Kenapa begitu? Ini logiknya, Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan “Islam ialah Agama bagi Persekutuan…,” ia juga membawa maksud negara ini (Persekutuan atau dibaca sebagai Malaysia) sebagai negara Islam. Menurut Perkara 160 (2) Perlembagaan Malaysia pula, “orang Melayu itu mestilah beragama Islam, mengamalkan adat budaya Melayu, bertutur menggunakan bahasa Melayu…”

Oleh itu jika orang Melayu itu mempertahankan haknya dan menegakkan syiar Islam itu bukanlah retorik bagi mendapatkan simpati umum, itulah hakikat dan asas yang perlu mereka pertahankan kerana mendaulatkan perkara yang telah lama termaktub dalam Perlembagaan.

Kedua perkara ini adalah fakta dan logik yang sepatutnya Tun Daim yang lebih lama dalam dunia politik patut hadam. Maka apabila beliau kaitkan itu sebagai retorik politik, itu sudah tidak betul dan menampakkan beliau sendiri tidak cukup logik dalam berfikir.

Kejayaan Tun Daim hari ini adalah kerana menjadi Menteri Kewangan zaman UMNO/BN memerintah. Tun Mahathir menjadi PM ke-4 selama 22 tahun. Siapa yg gagal? Adakah Tun Daim dan Tun Mahathir tidak pernah gagal? Tapi hasilnya, Tun Daim menjadi kaya-raya. Jangan kerana kekayaan dan kemewahan ia menjadi penghalal emosi sehingga tidak nampak ancaman terhadap bangsa sendiri.

5. Kerana bijak pandainya Melayu, maka kini mereka sudah boleh menapis input yang mereka terima sama ada fakta atau penipuan. Kita harus bersyukur atas kebesaran rahmat Allah kerana sehingga kini orang Melayu masih tidak berfikir secara beremosi dan mencetus sebarang tindakan mengancam bangsa lain. Pelbagai isu yang mencabar dan mengancam kedudukan orang Melayu dan agama Islam satu demi satu diganggu gugat oleh pemimpin kerajaan PH yang tamak dan ingin membolot segalanya seperti sudah tidak punya masa menjadi pemimpin negara.

6. Ancaman ke atas orang Melayu bukanlan satu sandiwara seperti Tun Daim katakan. Jika benar ia sekadar rekaan, sila buktikan! Kini pelbagai isu yang jelas ada kena mengena dengan kepentingan orang Melayu dicabul oleh kerajaan PH. Pengagihan kek ekonomi yang tak adil, pelanggaran dasar pendidikan kebangsaan, menghapuskan akta hasutan dan pengagihan dana kerajaan ke sekolah dan kolej swasta Cina dengan jumlah yang tak masuk akal.

Kerana hal ini memang sepatutnya orang Melayu mengamuk, tetapi hingga sekarang orang Melayu masih bertenang dan bertoleransi bagi menjaga keharmonian negara.

7. Orang Melayu dituduh beremosi dalam berfikir. Apakah tujuan dan maksud sebenar ungkapannya itu? Hati siapa yang Tun Daim cuba tawan dengan hujah-hujahnya itu? Sudah pasti setiap yang terpacul keluar dari mulutnya mempunyai kepentingan tertentu seperti rakyat sedia maklum dengan sikapnya yang pro peniaga bukan Melayu dan Bumiputera.

Dari kenyataan beliau juga, sebenarnya bukan Melayu yang emosi sebaliknya Tun Daim sendiri yang emosi. Tambahan lagi apabila gabungan UMNO-PAS yang mula dicemburui serta beliau semakin terdesak apabila Datuk Seri Anwar yang semakin hampir menjadi Perdana Menteri ke-8.

Pesanan peribadi saya, jangan kerana tamakkan harta dan segala hiasan dunia, anak bangsa sendiri dihina dan terus menerus disalahkan.

Kelak bahana pasti datang atas keceluparan yang penuh emosi itu.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts