TUN M ADALAH KUDA TUNGGANGAN DAP. KENAPA JELUTONG MARAH?

1.1k
SHARES
4.2k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

19 Mac 2019

Marah betul Jelutong apabila TS Noh Omar Tanjung Karang kata “Tun M adalah kuda tunggangan DAP”. Malu apa bingai sampai desak Noh Omar minta maaf.

Superman DAP Hew Kuan Yew kata, Tun M adalah seekor kuda yang datang. “Kita guna kuda ini untuk lakukan tsunami Melayu. Kita sudah bosan jadi pembangkang 52 tahun. Ini kuda makan tongkat Ali dan candy B. Dan ini kuda banyak duit”.

Ngar Ko Ming pula kata “Tun M akan tolong DAP untuk jatuhkan BN. Sebab itu kita mesti doa agar Tun M jangan mampos dulu. Lepas Najib jatuh barulah kita kata pada Tun, Good bye my love”. Dia berterima kasih kerana Tun M menangguhkan kematian. Biadap sungguh si bingai ini.

Masa cakap dulu tidak malu, tetapi bila orang lain bangkitkan semula, malu tidak terhingga pula. Memang Tun M adalah kuda tunggangan DAP dari mula mereka bekerjasama sampai sekarang.

Bahkan sekarang lagi kuat Tun M jadi kuda tunggangan DAP. Kalau tidak masakan kes rasuah Lim Guan Eng digugurkan. Masakan SPRM senyap tentang kebocoran kertas siasatan kes rasuah terowong bawah laut. Masakan Lim Guan dapat jadi Menteri Kewangan yang paling teruk di Malaysia.

Sudah tentu Tun M bersedia untuk terus menjadi kuda tunggangan DAP, asalkan DAP tidak menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Jika tidak, habislah Tun M.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts