FATHUL BARI SELAR SIKAP ‘DOUBLE STANDARD’ CNN DALAM MELAPOR KEJADIAN DI CHRISTCHURCH

383
SHARES
2.2k
VIEWS

Dalam ciapan di Twitter yang ditujukan kepada Cable News Network (CNN), konglomerat media terkenal dunia yang berpusat di New York, Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dato’ Dr. Fathul Bari Mat Jahya menggesa agar CNN lebih bertanggungjawab dalam melaporkan kejadian tembakan yang berlaku di Masjid Al-Noor, Hagley Park dan Masjid Linwood di Christchurch, hari ini.

Beliau menyelar sikap ‘double standard‘ yang ditunjukkan oleh mereka di mana jika melibatkan orang Islam dalam kejadian sebegini, media seperti CNN dengan cepatnya akan terus menyalahkan pelakunya sebagai teroris atau pengganas.

Sebaliknya jika dilakukan oleh individu berkulit putih maka hanya dilaporkan sebagai ‘lelaki bersenjata’.

Namun hanya selepas beberapa jam, pihak CNN telah mengubah tajuk beritanya kepada “serangan pengganas ke atas masjid di New Zealand” yang turut mendapat maklum balas dari Dr. Fathul Bari.

Beliau menyindir CNN dengan berkata, “Selepas mendapat tekanan maka barulah ditukar.”

Sehingga kini korban telah meningkat hampir 50 orang di mana kejadian berlaku sekitar waktu solat Jumaat, jam 1.40 waktu tempatan.

Dalam kejadian kejam tersebut, dua rakyat Malaysia cedera namun keadaan mereka ketika ini dilaporkan stabil.

Seluruh dunia mengutuk kejadian tersebut dan membuktikan bahawa keganasan tidak mengenal siapa pelaku dan apa agama yang dibawanya.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts