MISI BANTUAN SUNGAI KIM KIM: PROFESIONALISME JABATAN AMAL MALAYSIA DI TAHAP TERTINGGI

31
SHARES
335
VIEWS

Tahniah buat Jabatan Amal Malaysia. Terbukti selama ini Jabatan Amal Malaysia di bawah Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi dalam menghulurkan bantuan dan pertolongan dalam pelbagai sudut dan bidang tanpa mengira fahaman politik, agama, kaum dan kepentingan.

Tragedi pencemaran bahan kimia toksik di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor cukup tragis dan sedih buat seluruh negara. Ramai yang menjadi mangsa terutamanya kanak-kanak serta menyebabkan banyak sekolah ditutup. Jabatan Amal Malaysia dengan penuh rasa tanggungjawab sama-sama turut membantu agensi kerajaan dalam usaha menangani pencemaran ini.

Profesionalisme Jabatan Amal Malaysia selama ini terbukti di tahap tertinggi serta membukti tuduhan ‘Taliban’ tidak masuk akal.

PAS sentiasa mendidik terutamanya anak muda agar berakhlak mulia dan berbuat baik terhadap sesama manusia seperti yang diajar oleh Islam tanpa mengira pangkat, darjat mahupun kedudukan. Tarbiah dan akhlak yang dipupuk selama ini jelas membuahkan hasil yang membanggakan.

Teruskan beramal, semoga Jabatan Amal Malaysia terus menyinar dan menjadi kebanggaan kita semua.

Oleh Muhammad Khalil Abdul Hadi

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Malaysia

(Rencana di atas memetik posting dari laman Facebook Ketua Pemuda PAS ini dihantar oleh En. Shehdi, Pengarah JAM Selangor yang turut serta dalam operasi di Pasir Gudang)

Eh. Shehdi, Pengarah JAM Selangor, kanan sekali (memakai mask)
En. Shehdi, tiga dari kiri

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan