OSMAN SAPIAN WAJAR LETAK JAWATAN

555
SHARES
3k
VIEWS

Dalam satu video sidang media, Menteri Besar Johor Datuk Osman Sapian yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri kelihatan tidak mengambil berat atau hanya bersikap acuh tidak acuh sahaja akan keadaan yang berlaku di Pasir Gudang apabila berkata;

“Worst tak worst sangat, tiada kematian dan tiada juga critical case, just dia rasa muntah, dia rasa pening kepala sahaja.”

Beliau mengulas demikian ketika ditanya mengenai keperluan bagi negeri Johor untuk membuat pengisytiharan darurat disebabkan pencemaran akibat pembuangan sisa toksik secara haram di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, Johor.

Isu ini bukan mengenai besar ataupun kecil, kritikal ataupun tidak, tetapi mengenai kegagalan beliau mengawal pencemaran tersebut dari merebak.

Selain itu Osman juga seolah-olah berjenaka dan memperkecilkan penduduk terlibat apabila dipetik berkata;

“Kawasan perumahan tidak terjejas, hanya sekolah-sekolah kerana sekolah agak terdedah, rumah ditutup pintu dan sebagainya.”

“Mereka yang duduk di rumah biasanya tidak akan keluar di siang hari dan sebahagiannya pergi kerja.”

Dalam keadaan Sultan Johor sendiri murka dan meminta pihak yang bersalah dihadapkan ke muka pengadilan serta pencemaran ini ditangani dengan segera, kenyataan Osman hanya memburukkan keadaan.

Tindakan beliau mungkin bertujuan untuk mengelakkan panik dalam kalangan masyarakat namun tidak sewajarnya beliau memberi penjelasan kurang tepat dalam keadaan ahli keluarga masih bersedih serta pihak keselamatan sendiri masih bertungkus lumus menyelamatkan mangsa.

Selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri, beliau sepatutnya lebih bertanggungjawab dengan menyemak fakta sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebagai rekod, sehingga kini, berbelas-belas pelajar disahkan kritikal dan Osman wajar membetulkan kenyataan beliau serta belajar untuk menghormati perasaan ahli keluarga dan penduduk yang terlibat.

Walaupun tidak perlu kepada pengisytiharan darurat kerana tiada sebarang kematian direkodkan, namun beliau sepatutnya mengambil tindakan pantas membendung pencemaran tersebut daripada memburuk dan tersebar kepada radius yang lebih besar.

Apatah lagi di sebalik kecuaian dan kelewatan pihak kerajaan negeri menangani pencemaran ini atas alasan kos yang tinggi, seperti yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Datuk Mohammad Hamdan Wahid.

Fire and Rescue Department director-general Datuk Mohammad Hamdan Wahid attends the department’s Excellent Medal Award and Service Excellent Award ceremony in Ipoh March 13, 2019. — Picture by Farhan Najib

Adakah rakyat Pasir Gudang patut menanggung akibat daripada kegagalan seorang Menteri Besar seperti Osman Sapian yang gagal mengesan dan menyelesaikan masalah dengan segera?

Beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya di atas kegagalan membuat keputusan yang terbaik sehingga mengakibatkan berlakunya gelombang kedua dan ketiga, yang sepatutnya lebih awal dapat ditangani.

Justeru Osman patut malu dan meletakkan jawatan untuk diisi oleh mereka yang lebih rasional, yang tidak akan berkompromi dan sanggup berkorban demi kesihatan dan keselamatan rakyat walaupun terpaksa melibatkan kos yang tinggi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts