PENGELUARAN VISA HAJI DAN UMRAH ELEKTRONIK DALAM MASA BEBERAPA MINIT

454
SHARES
2.7k
VIEWS

Visa elektronik untuk jemaah haji dan umrah akan mampu dikeluarkan dalam beberapa minit di bawah kempen Haji dan Umrah untuk syarikat-syarikat di bawah perancangan Kementerian Haji dan Umrah di Arab Saudi.

“Mereka yang datang dari luar Arab Saudi terikat dengan syarikat penyedia perkhidmatan haji dan umrah untuk mendapatkan visa. Visa elektronik akan dikeluarkan kepada entiti-entiti ini yang akan dilesenkan untuk memudahkan haji dan umrah di negara mereka,” seperti yang dimaklumkan oleh Abdulrahman Shams, Penasihat kepada Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi merangkap penyelia platform elektronik Haji dan Umrah.

Abdulrahman berkata, platform elektronik itu akan merangkumi perkhidmatan baru yang akan memberikan akses ke e-portal, di mana mereka boleh menyemak pakej perkhidmatan, memilih pakej dan memohon visa secara elektronik.

“Kami bekerjasama erat dengan Kementerian Luar Negara dan Kementerian Dalam Negeri untuk mengeluarkan visa secara elektronik, hanya dalam masa beberapa minit untuk menyelesaikan borang yang diperlukan dan tanpa memerlukan pasport untuk ke setiap kedutaan.”

Langkah itu diharap akan membantu menggalakkan dan memudahkan lebih ramai jemaah haji dan umrah ke Tanah Suci di mana menurut beliau setakat ini Arab Saudi telah mengeluarkan lebih daripada 4.33 juta visa umrah bagi tahun ini sahaja.

Pada Januari lepas, kementerian memperbaharui portal dalam talian mereka untuk memudahkan permohonan dan kelulusan jemaah haji dari seluruh dunia. Hampir 1.1 juta umat Islam menggunakan portal dalam talian tersebut yang dinamakan sebagai ‘Maqam’, yang dalam fasa percubaan pada tahun lepas.

Portal ini membolehkan mereka memilih lebih daripada 30 syarikat yang menyediakan perkhidmatan perjalanan dan penginapan untuk ke Mekah dan Madinah di mana rancangan penggabungan e-perkhidmatan ini pula telah dimulakan sejak November 2018.

Abdulaziz Al-Wazzan, Timbalan Menteri Haji dan Umrah Arab Saudi berkata, inisiatif itu bertujuan untuk memudahkan permohonan visa untuk jemaah haji selain mampu menyumbang kepada peningkatan bilangan jemaah haji ke Tanah Suci.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts