VINCENT TAN TIDAK TAHU T7 GLOBAL LAKSANA ECRL?

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Tan Sri Vincent Tan memutuskan untuk melepaskan semua kepentingannya dalam T7 Global Bhd susulan kontroversi mengenai tindakannya membeli 21 juta saham syarikat itu baru-baru ini.

Cuma agak memeranjatkan apabila seorang ahli perniagaan ternama seperti beliau mengaku tidak mengetahui bahawa T7 Global adalah salah satu kontraktor untuk projek ECRL ketika membeli lebih 21 juta saham atau 5.04% kepentingan dalam syarikat tersebut.

Sebagai ahli perniagaan ternama dan berpengalaman serta mempunyai pasukan bolasepaknya sendiri yang bermain dalam Liga Perdana Inggeris iaitu Cardiff City, tentunya beliau dan pasukannya mengkaji terlebih dahulu sebelum membeli sebarang kepentingan dalam sesebuah syarikat apatah lagi jika melibatkan jumlah yang besar. Semestinya latar belakang syarikat dilakukan terlebih dahulu termasuk kajian pulangan pelaburan dan penilaian risiko serta unjuran keuntungan syarikat untuk beberapa tahun mendatang bagi mengetahui keupayaan syarikat yang lebih 21 juta sahamnya ingin dibeli dengan harga sekitar 8 juta ringgit.

Namun diharapkan dengan pengumuman terkini oleh Tan Sri Vincent Tan ini akan menamatkan kotroversi tersebut dan projek ECRL dapat diteruskan tanpa ada halangan dan tiada lagi agenda tersirat, demi untuk kepentingan negara dan manfaat untuk rakyat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts