WATAK KOMIK DAN BADUT DALAM PAKATAN HARAPAN

423
SHARES
2.4k
VIEWS

Pecat badut dan watak komik

Kadir Jasin dalam posting terkini di blog beliau berkata mungkin kerajaan perlu pertimbangkan untuk menyusun semula atau memecat beberapa watak dalam kerajaan.

Menurutnya, tiada ruang untuk badut atau watak komik dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Watak Tun – badut atau watak komik?

Tun Mahathir tidak berapa pandai membuat lawak jenaka seperti Menteri-menteri yang dilantiknya, yang berterusan membuat lawak setiap hari tanpa henti.

Tun Mahathir berwatak protagonis, lebih berkarakter dan wataknya lebih menonjol sebagai pemimpin yang suka berterus-terang dan tidak pandai berselindung.

Tetapi tidak pelik jika secara tiba-tiba beliau memberi kenyataan bercanggah dengan kenyataan yang dibuat sebelumnya.

Watak pertama – menghina dan memperlekeh rakyat

Beliau tanpa menghirau perasaan sesiapapun, memberi penghinaan terhadap kaum Melayu apabila berkata mereka sebagai pemalas, hanya tahu mengharapkan bantuan dan subsidi.

Beliau juga mempersenda rakyat Malaysia terutamanya pengundi-pengundi Pakatan Harapan, dengan memperlekeh Manifesto Harapan sebagai bukan kitab suci, bermakna tidak tunai janjipun tidak mengapa, tidak berdosa.

Beliau juga tanpa segan silu atau tidak tahu malu berkata manifesto dibuat sebegitu kerana tidak menyangka akan menang pada PRU-14 yang lepas.

Secara tidak langsung Tun Mahathir mengaku tidak tertunainya manifesto tersebut bukanlah kerana hutang negara yang tinggi, sebaliknya memang tidak realistik untuk ditunaikan.

Watak kedua – merayu rakyat beri masa dan peluang

Kemudian nadanya berubah, Tun Mahathir merayu pula kepada rakyat yang sebelum ini dihina, dipersenda dan dipermainkan, agar memberikan masa dan peluang kepada Menteri dan pemimpin Pakatan Harapan kerana mereka masih mentah dan lemah.

Walaupun kenyataan beliau ini hanya mengundang jenaka ramai ataupun dituduh sebagai nyanyuk dan terlupa rakyat sering dipandang rendah olehnya namun Tun Mahathir tidak peduli semua itu.

Watak ‘superhero’

Jika Menteri-menteri yang dilantik oleh Tun Mahathir adalah watak badut-badut yang sentiasa membuat jenaka setiap kali audien melihatnya maka adakah Tun Mahathir sendiri adalah watak komik dalam kerajaan seperti yang dimaksudkan Kadir Jasin?

Tun Mahathir sendiri dilihat oleh penyokong-penyokongnya sebagai watak superhero dalam komik yang berusia lanjut namun berupaya menumbangkan watak antagonis Najib yang ‘super jahat’ dengan menggunakan kuasa sakti ‘klentongkrasi’.

Melalui kuasa klentongkrasi tersebut beliau juga mampu menamatkan penguasaan ‘kerajaan jahat’ Barisan Nasional untuk memberikan impian mewujudkan sebuah negara utopia bernama Malaysia Baru yang aman damai dan percuma segala-galanya.

Watak antagonis

Jika diteliti sebenarnya Tun Mahathir menyamai watak Senator Sheev Palpatine, kelihatan baik namun beliau sebenarnya adalah Darth Sidious, yang mempunyai misi jahat.

Tujuan utama beliau adalah bagi menghidupkan kembali pasukan pahlawan Sith, didorong oleh agenda Marchiavelli-nya untuk mendominasi Galactic dan membalas dendam menghapuskan musuh tradisinya iaitu Jedi Order.

Berjaya membawa watak Darth Sidious

Tun Mahathir berjaya menjiwai watak Darth Sidious yang jahat apabila menghina, memperlekeh rakyat dan menjanjikan sesuatu yang tidak realistik.

Berjaya membawa watak Senator Palpatine

Sebaliknya, beliau juga bijak berdiplomasi laksana Senator Palpatine dengan mengajak rakyat memberi masa dan peluang buat barisan kabinetnya yang mentah dan lemah.

Beliau juga berdiplomasi memujuk PAS menyokongnya jika ada usul undi tidak percaya di Parlimen walaupun kemudiannya memfitnah Haji Hadi menandatangani perjanjian dengannya.

Tun Mahathir dan Star Wars

Mungkin Kadir Jasin tidak perasan beliau sedang menggambarkan boss-nya sebagai watak komik atau lakonan filem Star Wars ketika menulis di blognya.

Menteri Pendidikan Dr. Maszlee sendiripun pernah menyamakan Tun Mahathir sebagai salah satu watak dalam Star Wars iaitu Yoda, pahlawan tua Jedi berusia 900 tahun.

Beranikah Kadir Jasin?

Tetapi persoalannya adakah Kadir Jasin berani memasukkan nama Tun Mahathir dalam senarai badut dan watak komik yang perlu disingkirkan oleh kerajaan Pakatan Harapan?

Ataupun seperti biasa, beberapa orang akan dikorbankan demi untuk mengikut ‘skrip komik’nya yang akan berakhir tidak lama lagi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts