UMAT WAJIB TOLAK KAUM LIWAT

2.4k
SHARES
2.7k
VIEWS

Oleh Haji Rashidi bin Haris

Dari Ibnu ‘Abbas RadhiAllahu ‘Anhuma, beliau berkata;

لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ – صلى الله عليه وسلم – الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ ، وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ

“Rasulullah ﷺ melaknat lelaki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai lelaki.”

(Hadis rowahu al-Bukhari, no.5885)

Dengan bersandar kepada hadis ini sahaja kita sedia maklum betapa golongan ini sangat dimurkai oleh Nabi ﷺ dan sekali gus amaran untuk menjauhinya dan mengelakkan diri daripada terjebak dalam perlakuan yang bertentangan dengan naluri kemanusiaan, hatta binatangpun tidak melakukannya.

Bukan hanya ‘melakukannya’ (perbuatan keji) terkutuk malah dengan memahami hadis di atas, menyerupaipun dilarang dan dilaknat apatah lagi melibatkan diri dalam perbuatan lebih hina dari kebinatangan.

Kalau Menteri Agama berkata beliau terkejut apabila mendapat berita mengenai perhimpunan yang tiada kelulusan permit menurut pengesahan dari laporan berita Malaysiakini https://m.malaysiakini.com/news/467259?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Justeru, saya sebagai Ketua Lujnah Media mewakili NGO MUAFAKAT mengutuk keras tindakan mereka yang menganjur perarakan tanpa permit yang terang-terangan bercanggah dan mencabar Perlembagaan dalam Perkara 3(1).

Umat Islam harus sedar dan bangkit menolak propaganda mengarut berunsurkan maksiat ini daripada merebak dan menjadi trend celupan Barat yang sesat. Hatta bukan hanya gereja malahan semua agama menolak amalan sesat lagi songsang ini. Al-Quran mengingatkan kita di 9 tempat mengenai maksiat ini:

1. Surah Al-A’raf (80-84)
2. Surah Hud (77-83)
3. Surah Al-Hijr (57-77)
4. Surah Al-Anbiya’ (74)
5. Surah As-Syuara’ (160-175)
6. Surah Al-Naml (54-58)
7. Surah Al-Ankabut (28-35)
8. Surah As-Saaffat (134-138)
9. Surah Al-Qamar (33-40)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts