PROGRAM PERKASA DI JOHOR MENDAPAT TEKANAN DAN DIHALANG

386
SHARES
2.3k
VIEWS

Petang tadi direncanakan satu Majlis Taklimat Presiden dan SUA PERKASA bersama pimpinan PERKASA Negeri Johor yang terdiri daripada Pengerusi-pengerusi Kawasan dan Ketua-ketua Sayap.

Majlis yang sepatutnya berlangsung di Dewan Terbuka Lima Kedai namun dihalang oleh pihak-pihak tertentu pada saat akhir.

Program tersebut dipindahkan  dan dimulakan pada jam 3.30 petang yang bertempat di Balai Raya Kampung Baru, Gelang Patah.

Begitu juga CERAMAH MALAPETAKA BANGSA yang sepatutnya dilakukan di Dewan Terbuka namun terpaksa dipindahkan.

PERKASA memohon semua pihak untuk sama-sama berdoa semoga CERAMAH PERDANA MALAPETAKA BANGSA tetap dapat diteruskan walaupun menerima pelbagai tekanan dan halangan.

Jelas di zaman Malaysia Baru jauh lebih teruk dari zaman Barisan Nasional memerintah dahulu.

“Kusangka panas sepanjang hari, rupanya hujan di tengah hari”.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts