SEKIRANYA ANWAR IBRAHIM MAHU JADI PERDANA MENTERI PADA BULAN MEI 2020 INI

387
SHARES
2.3k
VIEWS

Sekiranya Anwar mahu jadi Perdana Menteri pada Mei 2020 ini, Anwar perlu melakukan beberapa perkara dahulu bagi mendapatkan keyakinan rakyat Malaysia semula iaitu;

1. Yang pertama, jangan asyik bercakap retorik tetapi buktikan dengan dokumentasi, kajian yang menyeluruh serta bentangkan setidak-tidaknya 20 pelan terkini untuk memulihkan keadaan HURU-HARA yang dilakukan sekarang oleh Kerajaan Dr. Mahathir.

2. Pulihkan ekonomi negara di dalam 24 bulan pertama memerintah negara ini.

3. Bentangkan pelan untuk membantu orang-orang Melayu di luar bandar, petani, nelayan, peneroka dan pekebun kecil.

4. Kemukakan Pelan Bertindak untuk memulihkan keyakinan pelabur dari luar negara dan keyakinan di pasaran saham negara.

5. Pastikan bakal Menteri-Menteri Kabinet yang akan dipilih bukan sahaja telah mengistiharkan harta masing-masing tetapi juga mempunyai Ijazah atau qualification yang betul dan jujur. Rakyat tidak peduli tentang kelayakan akademik Menteri-Menteri tetapi jangan menipu ijazah. Ini soal integriti negara di mata dunia dan rakyat.

6. Kemukakan janji-janji baru yang mahu diberikan kepada rakyat yang benar-benar boleh ditunaikan dari Mei 2020 sehingga kepada PRU ke-15, lebih kurang pada tahun 2023.

ANWAR ADA 14 BULAN DARI MAC 2019.

Untuk merangka Pelan Tindakan 14 bulan untuk merancang, mengkaji dan membentangkan kepada rakyat.

Salam.

9 Mac 2019

Shah Alam

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts