MENYOKONG KERJASAMA PERPADUAN UMMAH

420
SHARES
2.2k
VIEWS

SEBARAN MEDIA UMMAH

1. Sejak kemerdekaan Tanah Melayu, British telah berjaya memecahkan orang Melayu-Islam kepada dua kelompok utama.

2. Strategi pecah dan perintah ini telah berjaya melemahkan Melayu-Islam dari segi kuasa politik dan lain-lain aspek seperti ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

3. Kemuncak kesan perpecahan ini telah dizahirkan pada keputusan PRU-14 di mana terdapat pihak berkepentingan mengambil kesempatan sehingga mengganggu kestabilan dan keharmonian kaum di negara kita.

4. Menyedari ancaman ini, UMMAH telah menegaskan betapa pentingnya kesatuan ummah.

5. UMMAH telah menggesa diadakan dialog ke arah persefahaman Melayu-Islam.

6. Ini kerana perpaduan ummah adalah asas keharmonian negara bagi mendokong prinsip Perlembagaan Persekutuan.

7. Kedaulatan Islam, Institusi Raja-raja, jaminan hak keistimewaan orang Melayu dan Bumiputera adalah prinsip utama yang menjadi tunjang Perlembagaan dan perlu dipertahankan.

8. Kerjasama rasmi antara PAS dan UMNO sebagai dua parti besar orang Melayu dilihat satu pencapaian amat baik bagi mengembalikan semula dominasi kuasa politik di tangan orang Melayu, sebagai suatu sejarah negara.

9. Kesediaan pemimpin yang berjiwa besar untuk melupakan perbezaan masing-masing demi kepentingan ummah perlu disokong oleh rakyat.

10. UMMAH menyokong penuh usaha kedua-dua parti ini bersepakat apabila Melayu sudah kehilangan dominasi kuasa, sebaik sahaja kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengambil alih pentadbiran negara selepas PRU-14.

UMMAH melihat bahawa kerajaan sekarang ini sudah hilang kawalan dan dominasi DAP sangat ketara. Ini diakui sendiri oleh Tun Dr. Mahathir. DAP mencatur kebanyakan polisi sehingga Menteri-menteri muslim dilihat tidak lagi mampu menjaga hak orang Melayu dan agama Islam.

11. Dengan ini, UMMAH menyeru kepada kedua-dua pihak supaya mengadakan kerjasama yang jelas, telus dan bertunjangkan kepada Islam untuk keharmonian rakyat dan negara. UMMAH menyeru menerusi kerjasama ini segera dapat memartabatkan kembali kuasa politik di tangan majoriti Melayu Muslim, sekaligus dapat melindungi agama Islam.

12. UMMAH mewakili rakyat akan memainkan peranan memastikan kerjasama ini mencapai matlamat yang dicita-citakan oleh semua rakyat.

Aminuddin Yahaya

PENGERUSI UMMAH

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts