KERAJAAN PERLU TELUS LAKSANA ECRL

348
SHARES
2k
VIEWS

Pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan tetap meneruskan oleh kerajaan, manakala projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi Kuala Lumpur-Singapura (HSR KL-Singapura) akan dikaji semula seperti dimaklumkan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng. Pihak Kementerian Kewangan akan mengadakan perbincangan semula berhubung kos pembinaan projek sepanjang 688 kilometer yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan itu.

Ini adalah projek kedua dalam minggu ini yang diteruskan selepas kerajaan mengumumkan akan meneruskan Tun Razak Exchange (TRX) yang disambut baik oleh mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak setelah mendapati TRX akan memberi nilai sekurang-kurangnya 7.8 bilion ringgit yang telah melalui kajian bertahun sebelum dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu berbanding ditangguh dan diluluskan semula oleh kerajaan baharu dalam masa kurang dari dua bulan sahaja.

Kita juga mengharapkan projek HSR akan menjadi projek mega ketiga yang akan diumum untuk diteruskan berbanding dibatalkan yang mengakibatkan kerajaan membayar gantirugi 500 juta ringgit kepada kerajaan Singapura. Dikhuatiri selepas ini pelabur-pelabur dan negara lain turut akan takut untuk berurusan dengan kerajaan Malaysia yang dilihat tidak berpegang kepada perjanjian antara negara.

Namun persoalan timbul apabila ada kalangan blogger dan netizen menularkan berita mengenai pembelian dan pemilikan saham ECRL oleh pemilik pasukan bolasepak Cardiff City, Tan Sri Vincent Tan sebulan sebelum ECRL diteruskan iaitu pada 15, 16 dan 17 Mei 2018 daripada syarikat T7 Global Bhd.

Kita memohon penjelasan kerajaan berhubung perkara ini namun tiada apa yang perlu dibimbangkan sekiranya segala pembelian saham dan pelaksanaan ECRL kelak mematuhi seluruh prosedur operasi standard kerajaan Pakatan Harapan dan agensinya yang konsisten dan berterusan membanteras kronisme, nepotisme dan kleptokrasi.

Pihak pembangkang baharu juga sewajarnya bertanyakan kebenaran dan kewajaran perkara ini di Dewan Rakyat kelak yang akan memulakan sidang pertamanya bagi penggal ini yang dijangkakan pada 16 Julai 2018 kelak.

Malaysia memerlukan kerajaan yang mementingkan agenda tersurat berbanding agenda tersirat.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts