RIBUT DI PAYA JARAS, JABATAN AMAL TURUT MEMBANTU

437
SHARES
354
VIEWS

Bila ada perhimpunan aman, ceramah umum, pilihan raya kecil ataupun program tertentu yang melibatkan Parti Islam Semalaysia (PAS) maka kita akan melihat kelibat pemuda-pemuda beruniform dan memakai beret maroon bertungkus lumus memastikan kelancaran program yang direncanakan.

Ini termasuklah himpunan terbesar negara yang mengatasi mana-mana jumlah demonstrasi ataupun himpunan sebelum ini iaitu Perhimpunan 812 Membantah ICERD, Jabatan Amal Malaysia turut menggembleng tenaga membantu kelancaran himpunan aman tersebut.

Namun selain itu, jasa-jasa besar mereka turut disalurkan kepada masyarakat termasuklah membantu mereka yang memerlukan yang ditimpa bencana yang melanda, yang jarang-jarang diketahui umum sebelum ini.

Justeru anggota JAM dikerahkan bagi satu operasi membantu masyarakat yang ditimpa bencana dalam Ops Ribut malam tadi yang berlaku di sekitar kawasan Paya Jaras, Selangor yang boleh diikuti melalui berita di bawah;

Amal Rescue Team (ART) Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor telah melakukan Ops Ribut malam tadi di sekitar Kawasan Kampung Paya Jaras, Selangor.

Operasi bermula dari jam 11.00 malam semalam dan berakhir pagi tadi pada jam 2 pagi dilakukan oleh 18 anggota ART dan 9 anggota Amal Kawasan dengan menggunakan sebuah kenderaan bravo kejuruteraan dan peralatan lain seperti Chainsaw dan Blower.

Turut hadir bersama membantu Ustaz Hanafi Dzulkifli yang merupakan calon PAS PRU-14 lepas bagi DUN Paya Jaras yang juga Timbalan Ketua Pemuda PAS Negeri Selangor.

Operasi Ribut kali ini diketuai oleh Tuan Abu Umar yang melibatkan gerak kerja pembersihan pokok tumbang di jalan utama penduduk sekitar yang perlu diselesaikan awal pagi tadi bagi memudahkan pergerakan dan urusan masyarakat sekitar hari ini.

Semoga Allah membalas segala jasa baik sahabat-sahabat sekalian dengan sebaik-baik ganjaran.

Orang ramai yang ingin menyumbang dan membantu kewangan bagi setiap operasi Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor boleh berbuat demikian ke akaun berikut:

Bank Islam Malaysia Bhd

Akaun No: 1201-0010035-43-4

Nama Akaun: Unit Amal Selangor

(Rencana di atas dan gambar-gambar eksklusif sekitar kerja-kerja membantu dalam Ops Ribut diberikan oleh En. Shehdi, Pengarah JAM Selangor)

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan