LATHEEFA SELAR GIMIK MURAHAN DAP & TABUNG ‘POLITIK’ HARAPAN

350
SHARES
2.1k
VIEWS

Reaksi yang berbelah bahagi dan berbeza boleh dilihat melalui beberapa tokoh dalam Pakatan Harapan mengenai Tabung Harapan yang telah dilancarkan pada 30 Mei dan sehingga kini berjaya mengutip lebih 108 juta ringgit melalui kemaskini terkini pada 3.00 petang, 25 Jun 2018.

Penasihat Undang-Undang PKR, Latheefa Koya berkata, penyerahan wang daripada mana-mana rakyat negara ini kepada tabung itu disifatkan sebagai tindakan yang mengarut. Tabung Harapan adalah dana yang dikenakan secara politik.

Jadi untuk mendapatkan seorang kanak-kanak berusia 12 tahun menyerahkan tabungnya adalah tidak masuk akal dan aksi yang agak murah,” katanya dalam status yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya sebelum ini.

Walaupun dipertahankan oleh Lim Kit Siang sendiri, kononnya kerana DAP terharu dengan hasrat murni kanak-kanak berumur 12 tahun tersebut menderma menggunakan duit simpanan untuk membeli set dram. Masyarakat tidak mempertikai penderma namun mempertikai penerima derma yang sanggup mengeksploitasikan seorang kanak-kanak demi tabung yang bersifat politik tersebut.

Inilah pelbagai pandangan dan reaksi berbeza khalayak tidak kira seorang ahli politik ataupun rakyat biasa apabila tabung tersebut mula dilancarkan. Selain bagaimana promosi terhadapnya dilakukan oleh DAP sehinggakan menarik minat akhbar The Star untuk meletakkannya sebagai berita muka hadapan mereka berbanding berita lain yang lebih penting.

Lim Kit Siang dan DAP kenalah cerdik sedikit memilih sumbangan mana untuk dijadikan bahan promosi Tabung Harapan sehinggakan duit tabungan kanak-kanak yang disimpan untuk membeli set drampun sanggup diterima. Sedangkan anak Lim Kit Siang sendiri adalah Menteri Kewangan iaitu Lim Guan Eng dan tentulah beliau tahu kedudukan semasa kewangan negara tidaklah setenat mana. Manakala akhbar The Star pula perlu berhati-hati untuk menjadikannya sebagai tajuk utama berita kerana ia akan memberi implikasi terhadap kedudukan kewangan negara melalui kacamata pelabur.

Itulah kerisauan sesetengah pemimpin Pakatan Harapan sendiri apabila melihat sesetengah pemimpin pakatan lain tidak habis-habis mempolitikkan semua perkara sehinggakan terlupa mereka sendiri sudah menjadi kerajaan.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts