SIAPA SAMAK SIAPA?

957
SHARES
3.3k
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

6 Mac 2019

Dalam posting terbaru A Kadir Jasin, beliau menyatakan “Apakah muslihat UMNO dan PAS untuk menghalalkan perkahwinan luar nikah mereka? Bagaimana mereka akan menyamak najis yang dilemparkan antara satu sama lain selama ini?”

Bahasa dan analogi Kadir Jasin itu amat janggal dengan politik Malaysia Baru Pakatan Harapan. Perkahwinan politik adalah perkahwinan politik. Tidak timbul soal hukum hakam apatah lagi samak menyamak. Rakyat tidak lagi mahu mendengar cerita basi.

Hatta PPBM juga sedang berkawan dengan DAP. Tun pernah kata, DAP anti Melayu dan anti Islam. Maka perlukah DAP disamak?

Apatah lagi PAS dan DAP pernah bekerjasama sebelum ini. Bahkan PAS juga pernah menyertai BN pada tahun 1974. Maka apa nak dihairankan kalau UMNO dan PAS berkawan semula.

Persoalannya berjayakah PH dan tali barutnya seperti Kadir Jasin memecah belahkan kerjasama UMNO-PAS yang berjaya melahirkan dua anak iaitu Cameron Highland dan Semenyih.

Tuduhlah apa sahaja seperti kerjasama UMNO-PAS sebagai perkauman agama, ia tidak akan membawa kesan kerana isu utama rakyat sekarang ini ialah kos sara hidup, ekonomi yang merudum, janji yang tidak ditunaikan, pentadbiran yang lemah dan terlalu banyak U Turn.

Sebab itu fitnah mengenai 90 juta dan 1.4 juta untuk memecahkan UMNO-PAS menjadi senjata makan tuan. Siapa Ramli Musa yang membayar 1.4 juta kepada Rewcastle Brown dari Sarawak Report? Bukankah dia kawan baik Anwar dalam ABIM dahulu? Menurut Ezam Mohd Nor, Ramli banyak membantu Reformasi dan keluarga Anwar semasa dia dipenjara.

Kini dia dilantik Pengerusi KTMB. Kalau benar dia bayar wang itu untuk PAS, sudah tentu dia akan dipecat segera sebagai Pengerusi KTMB. Maka kenapa Anwar mendedahkannya? Adakah Ramli Musa belot dan menyokong Tun M? Adakah wang itu dibayar sebagai upah kepada Sarawak Report kerana memfitnah Najib dan UMNO?

Sebab itu tidak timbul UMNO dan PAS perlu disamak. Yang sedang disamak ialah PH. Disamak oleh rakyat. Banyak sangat pembohongan dan penipuan.

DAP sudah disamak oleh rakyat di Cameron Highland. Terbaru PPBM pula disamak oleh rakyat di Semenyih. Kini giliran PKR pula untuk disamak oleh rakyat Rantau. Semoga proses penyamakan PH ini berterusan hingga ke PRU ke-15.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts