AZMIN SAMAN BLOGGER SEBAR FITNAH

361
SHARES
2.1k
VIEWS

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengambil tindakan undang-undang terhadap pemilik blog Toyol of Selangor susulan fitnah yang mendakwa kononnya beliau menyimpan RM300 juta di luar negara.

Sewajarnya media termasuk blogger bukan sembarangan melaporkan perkara yang belum dipastikan kesahihannya melainkan sekiranya mempunyai asas kukuh untuk menyiarkannya. Ini kerana seseorang itu boleh didakwa di bawah seksyen 499 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun ataupun denda jika didapati bersalah memfitnah.

Azmin telah meminta pasukan guaman memfailkan permohonan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi mengenal pasti identiti pemilik blog tersebut untuk tindakan susulan. Ini kerana fitnah sebegini akan menggugat kewibawaan dan integriti Menteri Hal Ehwal Ekonomi dan wajar dihentikan.

Sekiranya blogger tersebut mempunyai bukti maka mahkamah akan menentukan kebenarannya kelak. Barisan peguam yang mewakili kedua-dua pihak akan saling berhujah di mahkamah namun beban pembuktian adalah terpikul di bahu penuduh iaitu blogger tersebut. Kemungkinan beliau akan mempersembahkan bukti yang ada namun di pihak Azmin pula akan mempertahankan beliau sekiranya bukti yang dipersembahkan boleh dicabar.

Kerajaan hari ini mula belajar untuk menangkis tohmahan yang dilontarkan oleh blogger, netizen dan sesiapa sahaja dan kerana itulah undang-undang diperlukan bagi mengekang berita palsu dan fitnah. Namun setiap penulis tidak kira wartawan, blogger ataupun individu yang menggunakan akaun media sosial, wajar memastikan kesahihan sesuatu berita sebelum disebarkan.

Perlu bertanggungjawab sekiranya menuduh dengan menyediakan bukti secukupnya bukan dengan hanya mempersoalkan secara semberono kerana kebencian terhadap seseorang. Jangan menjatuhkan seseorang dengan cara kotor seperti fitnah kerana kelak kita akan dijatuhkan dengan cara yang sama.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts