PENGHINA ISLAM SEMAKIN MELAMPAU, KERAJAAN TIDAK BERTEGAS

1.7k
SHARES
10.1k
VIEWS

Semakin melampau perbuatan individu Cina yang membenci Islam dengan menghina Rasulullah SAW dan agama Islam.

Terkini seorang pemuda berbangsa Cina bernama Alvin Chow mengikuti jejak seorang Cina tua bernama Foo Sing Wai yang menggunakan media sosial untuk menghina secara keterlaluan seperti, “Muka Nabi ialah syaitan” dan “Nabi Muhammad kita pijak sahaja” selain berkata kesat terhadap Melayu termasuk mengatakan “Melayu sebagai anjing”.

Serta seorang lagi lelaki Cina bernama Andrew Ng Koon Dah yang meminta dimansuhkan Jabatan Agama dan mempertikai solat Jumaat sebagai “membuang masa dan unsur-unsur mendatangkan keganasan terhadap penganut lain dan mengganggu lalu lintas”.

Apa yang menyedihkan, tiada tindakan tegas sebelum ini dari pihak kerajaan malah kelihatan sambil lewa sehingga menimbulkan persepsi bahawa apa sahaja berkaitan agama Islam tidak akan mendapat pembelaan sewajarnya.

Maka semakin melampau pembenci Islam sebegini jika tiada tindakan tegas dilakukan oleh kerajaan.

Ironinya, Perdana Menteri sendiri dan pimpinan parti Bersatu berdegar-degar berucap di Perhimpunan Agung Bersatu bahawa mereka akan membela agama Islam dan orang Melayu.

Di sebalik retorik mereka ingin membela, semakin terserlah kebaculan parti Bersatu dalam membela Islam yang semakin hari semakin terbuka dihina.

Bayangkan sekiranya umat Islam melakukan tindakan serupa dengan menghina agama Kristian dan Hindu ataupun Buddha.

Tentunya pantas pihak kerajaan terutamanya DAP akan ‘meroyan’ membela dan berkata minoriti ditindas oleh Melayu Islam.

Buktinya boleh dilihat dalam insiden seorang wanita Cina di pasaraya Giant yang menjual arak secara terbuka dan dipertikai oleh seorang pemuda Melayu.

Lihat bagaimana pantas publisiti dan gerakan memburukkan orang Melayu dan Islam dilakukan dan dilabel sebagai rasis.

Kemudiannya isu Kuil Mariamman apabila sekumpulan pemuda Melayu gangster yang diupah pemaju dibesar-besarkan oleh Exco DAP Selangor V. Ganabatirau dengan melabel ‘sekumpulan Islam’ yang bertanggungjawab.

Kemudian tersebar video beliau menggesa agar orang-orang India Hindu untuk turun beramai-ramai membela kuil tersebut sedangkan kuil itu sendiri tidak mahu mematuhi undang-undang.

Ditambah dengan provokasi oleh Menteri Perpaduan Waytha Moorthy yang mengatakan pihak polis lambat bertindak, yang membuatkan perasaan marah membuak-buak penganut India beragama Hindu.

Maka wujudlah pelbagai spekulasi bahawa kononnya minoriti ditindas di negara ini sedangkan jika hendak dibandingkan perkara fitnah di atas dengan penghinaan terhadap Rasulullah SAW dan agama Islam, tiada sedikitpun sama kerana semua insiden di atas tidak melibatkan penghinaan kaum apatah lagi agama.

Namun pihak kerajaan yang terpalit dengan bermacam-macam masalah yang sudah seakan-akan tidak mampu dibendung lagi kegagalan mereka mentadbir negara, masih tidak mahu bertegas.

Kononnya rule of law akan berjalan dengan lancar walau hakikatnya prinsip kedaulatan undang-undang tersebut hanya ‘dibakul-sampahkan’.

Sepatutnya individu sebegini yang menghina mana-mana agama secara melampau dikenakan hukuman sekeras-kerasnya kerana melakukan provokasi yang boleh mencetuskan pergaduhan antara agama yang sebelum ini tidak pernahpun berlaku.

Hak dan kebebasan bersuara ada hadnya dan perkara ini gagal difahami oleh segelintir rakyat Malaysia dan juga kerajaan Pakatan Harapan yang sepatutnya berusaha mencegah dari berlaku perkara yang tidak diingini.

Janganlah apabila nasi sudah menjadi bubur, barulah Pakatan Harapan terhegeh-hegeh mencari jalan penyelesaian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts