KEMENANGAN BN DI SEMENYIH PENUH MAKNA

384
SHARES
2.3k
VIEWS

Pemangku Presiden UMNO Malaysia, DS Mohamad Hasan meneruskan kemenangan berganda untuk BN, dengan menang di DUN Semenyih selepas menang di Cameron Highlands.

Majoriti 1,914 undi, merupakan satu angka yang amat baik dan terhormat. Memandangkan sebelum ini Majoriti ADUN PH di Semenyih ialah sebanyak 8,964 undi.

Turn-over sebanyak 7,050 undi. Peratus keluar mengundi pada PRK 2019 ini 73.14%, manakala pada PRU-14, ialah 87.90%.

Peratus keluar mengundi susut sebanyak 14.76%.

Kalau dahulu pada PRU-14, BN kalah 8,914, kini BN menang 1,914 undi, membuktikan bahawa rakyat menolak calon muda PH dan rakyat menolak Kerajaan Pakatan Harapan Dr. Mahathir.

Kerajaan yang suka berjanji dengan janji-janji manis tetapi tidak deliver janji-janji tersebut.

Janji-janji manis tersebut sudah jadi janji-janji masam untuk rakyat selepas 10 bulan PH memerintah.

Dari analisa awal, pengundi muda dan pengundi Melayu telah kembali kepada BN. Pengundi atas pagar juga mengundi BN kali ini, kerana mereka lebih suka memilih calon BN, anak tempatan.

Walaupun berumur sedikit iaitu 58 tahun, tetapi rakyat lebih suka calon BN yang merupakan ahli masyarakat yang baik dan dihormati serta dipercayai oleh rakyat Semenyih.

Calon BN, orang Minang, adalah pilihan yang tepat yang dibuat oleh Tok Mat Hasan, Pemangku Presiden UMNO.

Ibarat di dalam pertandingan bolasepak Liga Inggeris, Tok Mat BN 2 – 0 PH.

Tetapi pengundi-pengundi Cina masih lagi menyokong calon PH. MCA masih belum berupaya menukar fikiran orang-orang Cina di negara ini.

Selepas Semenyih, tumpuan akan beralih ke DUN Rantau, Negeri Sembilan. Tok Mat sekali lagi terpanggil untuk memilih calon BN yang benar-benar layak dan dianggap boleh memenangkan Barisan Nasional.

Pemilihan calon BN yang tepat serta strategi yang terbaik dan mantap oleh Tok Mat Hasan, Tok Mail, Tok Det dan Tok Johan (KB UMNO Hulu Langat), telah menghasilkan kemenangan yang manis kepada BN.

Kerjasama dengan Parti PAS terus menerus kelihatan lebih baik dan mantap. Gerak kerja juga kelihatan lebih tersusun.

Malam ini yang pasti, Dr. Mahathir, Pengerusi Pakatan Harapan tidak akan lena tidur. Azmin Ali juga payah hendak tidur mengenangkan janjinya kepada Dr. Mahathir bahawa calon PH pasti akan menang di Semenyih.

Boss Ku semakin tersenyum dengan kemenangan ini.

TAHNIAH KEPADA SELURUH JENTERA BN, UMNO, MCA, MIC DAN PAS, YANG TELAH MENGHASILKAN KEMENANGAN DI SEMENYIH.

Salam.

DSBA

3 Mac 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts