RASULULLAH SAW YANG DIHINA, BUKAN MAT SABU, WAHAI ZOLKHARNAIN

479
SHARES
2.8k
VIEWS

Menurut Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Zolkharnain Abidin yang mengulas mengenai kes seorang lelaki Cina tua menghina Rasulullah SAW dan Sadatina A’isyah secara melampau, dipetik berkata seseorang suspek tidak boleh ditangkap dan terus dijatuhkan hukuman.

Menurut proses keadilan terutama dalam Islam, perlu dijalankan secara teliti dan adil, bukannya semberono bagi memastikan sesuatu hukuman dikenakan dengan tepat.

Zolkharnain yang juga pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH berkata seseorang itu ditahan dia tidak boleh terus dihukum sebaliknya perlu disiasat dengan saksama.

“Misalnya, ada agamawan yang berkata, Nabi berkata begitu dan begini, padahal Baginda tidak berkata begitupun.”

“Itu suatu pembohongan dan juga penghinaan ke atas Nabi. Tapi oleh kerana penghina itu agamawan, ia tidak dianggap menghina oleh sesetengah orang, sebab dalam dunia ini ada pihak yang berasa dirinya suci.”

Persoalannya, kenapa pemimpin AMANAH selalu mempertahan bangsa dan agama lain walaupun ada pihak yang menghina Rasulullah SAW?

Zolkharnain sepatutnya tidak perlu bersikap apologetik tidak bertempat dengan berkata “orang Islampun ada hina Nabi tanpa sedar”.

Hakikatnya hari ini orang Islam di seluruh negara marah kerana lelaki Cina tua tersebut menghina Rasulullah SAW secara sedar.

Isu orang Islam hina Islam tanpa sedar itu isu yang lain dan jika Zolkharnain mendapati ada orang Islam sebegitu, beliau boleh membuat laporan polis dengan menyediakan bukti.

Bukannya semberono bagi memastikan sesuatu hukuman dikenakan dengan tepat, seperti yang beliau sendiri sarankan.

Malah, tidak ada orang Kristian atau Buddha akan bersikap apologetik dengan kata, “Orang Buddhapun ada hina Gautama Budda tanpa sedar” atau “Orang Kristianpun ada hina Jesus tanpa sedar”.

Mereka akan pertahan isu agama dan kepercayaan mereka sekiranya dihina, bukan bertindak sebaliknya  dengan menyalahkan mereka yang seagama dengannya.

Bayangkan jika Presiden AMANAH, Mat Sabu dihina sebagai tidak tidak layak menjadi Menteri Pertahanan kerana tidak berpelajaran tinggi dan bodoh dalam mentadbir kementeriannya, pasti Zolkharnain akan mempertahan Presidennya bersungguh-sungguh.

Pasti beliau tidak akan berkata, “Orang AMANAH sendiri ada hina Mat Sabu tanpa sedar”.

Wahai Zolkharnain, bukannya pemimpin anda Mat Sabu dan AMANAH, atau Lim Guan Eng dan DAP atau Perdana Menteri Tun  Dr. Mahathir Mohamad dan BERSATU yang dihina oleh Foo Sing Wai, yang dihina oleh pembenci Islam ini adalah Rasulullah SAW dan agama yang dibawanya, yang dianuti oleh lebih satu bilion manusia di dunia.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts