TOMMY THOMAS GAGAL MEMAHAMI PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

1.7k
SHARES
4k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

Peguambela & Peguamcara

1. Tribunal Khas di bawah Perkara 125 (3) Perlembagaan untuk memecat Bekas Anggota SPR yang telah meletak jawatan akan kembali bersidang jam 10 pagi esok.

2. Ketika Persidangan pertama Tribunal pada 28 Januari 2019, Peguam Kanan M. Puravelan yang dilantik mewakili Peguam Negara telah memaklumkan kepada panel bahawa Tribunal ini telah bersifat akademik memandangkan kesemua anggota SPR berkenaan telah meletak jawatan pada 1 Januari 2019.

3. Memang prinsip undang-undang jelas bahawa seseorang yang telah meletakkan jawatan tidak lagi boleh dipecat. Ia ibarat menjatuhkan hukuman mati kepada seseorang yang telah meninggal dunia.

4. Maka akan berlaku kesipuan Perlembagaan jika Tribunal ini terus bersidang kerana SATU-SATUNYA tujuan penubuhan Tribunal ini adalah untuk memecat mereka seperti yang dinyatakan dalam Perkara 114 (3) Perlembagaan.

5. Tiba-tiba selepas 3 hari sidang pertama, Tommy Thomas mengamuk dan memecat M. Puruvalan kerana memandai-mandai berhujah bahawa Tribunal berkenaan sebagai akademik.

6. Tommy Thomas menghujahkan bahawa walaupun mereka telah meletak jawatan, Tribunal masih boleh membicarakan wujud atau tidak salah laku mereka ketika mengendalikan PRU-14 sepertimana aduan BERSIH dan Peguam Negara telah meyakinkan Perdana Menteri dan YDP Agong bahawa kesemua tuduhan BERSIH itu adalah berasas untuk disahkan kesalahan mereka melalui Tribunal.

 

7. Sebenarnya, Tommy Thomas sudah dimalukan dengan penubuhan Tribunal ini kerana sebagai seorang yang dikatakan Pakar Perlembagaan, bagaimana beliau boleh melakukan kesilapan bodoh menubuhkan Tribunal untuk memecat mereka yang telah meletakkan jawatan?

8. Semua bukti dokumen MENCUKUPI untuk membuktikan Representasi Perdana Menteri kepada YDP Agong untuk menubuhkan Tribunal ini dibuat 33 hari selepas kesemua anggota SPR menghantar surat perletakan jawatan mereka kepada YDP Agong.

9. Jadi tidak timbul isu mereka cuba mengelak dari dibicarakan oleh Tribunal ini kerana mereka telah menghantar surat peletakan jawatan 33 hari lebih awal sebelum Perdana Menteri menghantar surat cadangan penubuhan Tribunal kepada YDPA.

10. Lebih melucukan, dalam surat PM tersebut, yang pastinya surat itu disediakan oleh Pejabat Perdana Menteri atas nasihat AG telah turut mencadangkan perjawatan mereka digantung sehingga Tribunal selesai bersidang.

11. Bagaimana boleh Perdana Menteri membuat cadangan sebegini (atas nasihat Tommy Thomas) sedangkan mereka telah memaklumkan untuk meletak jawatan berkuatkuasa 1 Januari 2019?

12. Esok dengarnya TT sendiri akan datang berhujah di depan panel bahawa Tribunal ini bukan bersifat akademik dan masih boleh menyiasat kesemua dakwaan Bersih.

13. Saya dan kesemua Peguam yang mewakili 6 orang bekas anggota SPR juga tidak sabar menunggu esok kerana kami akan buktikan Tommy Thomas bukan saja tidak faham Bahasa Melayu, malah beliau juga tidak memahami Perlembagaan Persekutuan.

14. Malang Malaysia ada Peguam Negara sebegini.

15. Bacalah artikel 114 (3) di bawah. Tujuan Tribunal hanya untuk memecat bukan untuk menyiasat.

(Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, berkhidmat di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts