SURUHANJAYA PELANCONGAN SAUDI TANGANI 14,633 ADUAN BAGI TAHUN 2018

357
SHARES
2.1k
VIEWS

Pusat perhubungan pelanggan bagi Suruhanjaya Pelancongan dan Warisan Kebangsaan (SCTH) Saudi menangani 14,633 aduan yang difailkan pada 2018 menerusi nombor 19988 yang beroperasi 24 jam, bagi menerima cadangan dan aduan daripada pengguna.

Kebanyakan aduan adalah berkaitan dengan perkhidmatan yang disediakan di suruhanjaya tersebut terutamanya kemudahan penginapan, agensi dan pengendali pelancongan di seluruh negara.

Pusat khidmat pelanggan ini juga menangani aduan mengenai masalah pentadbiran, berkaitan harga dalam pelbagai sektor yang beroperasi di bawah SCTH. Rekod turut mennjukkan terdapat 265 pengguna yang memberi cadangan untuk menambahbaik perkhidmatan pelancongan.

Pusat tersebut menerima 33,262 pertanyaan mengenai perkhidmatan pelancongan di Arab Saudi dan  turut menyalurkan maklumat hampir 2,400 pelbagai tawaran dan potongan diskaun ketika waktu percutian.

Selain itu, mereka turut menerima lebih daripada 33,000 pertanyaan mengenai pelbagai acara yang akan diadakan di Arab Saudi.

Platform dalam talian, aplikasi telefon pintar dan akaun media sosial SCTH turut menyumbang kepada pengurangan jumlah panggilan telefon yang diterima oleh pusat perhubungan pelanggan tersebut.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts