TUN MAHATHIR WAJAR DIPANGGIL INKUES, KATA ADIB DIPUKUL “DENGAN NIAT NAK BUNUH”

66
SHARES
669
VIEWS

Penghujung November tahun lepas, ketika melawat arwah Muhammad Adib Mohd. Kassim di Institut Jantung Negara (IJN), Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad dipetik berkata “serangan terhadap Muhammad Adib disifatkan sebagai ada niat untuk membunuh”.

Beliau berkata demikian pada sidang media ketika hadir menziarahi Muhammad Adib, anggota bomba yang cedera diserang perusuh di Kuil Sri Mariamman dan turut mendapat liputan meluas oleh pelbagai portal berita.

Tentunya lawatan Perdana Menteri ke IJN diiringi dan dinasihati oleh CEO IJN sendiri iaitu Dato’ Seri Dr. Mohd Azhari Yakub, termasuk para doktor pakar yang terlibat secara langsung memberi rawatan kepada Muhammad Adib.

Perdana Menteri tentunya diberi taklimat dan maklumat khusus berkaitan insiden tersebut oleh pihak berkenaan dan setelah itu barulah Tun Mahathir boleh membuat sidang media tersebut dengan menyatakan perkara sebenar yang berlaku.

Antaranya berita yang tersiar di portal Mstar yang bertajuk “Ia cubaan bunuh, kata PM mengenai perusuh serang anggota bomba”.

Berita yang tersiar di Malaysiakini pula bertajuk, “Ada niat untuk bunuh, kata PM”.

BH Online (Berita Harian) pula menyiarkan berita sama yang bertajuk, “Serangan disifatkan ada niat untuk bunuh – PM”.

Manakala Utusan Online menyiarkan berita yang bertajuk, “PM sifatkan perusuh ada niat untuk membunuh”.

Kumpulan Media Karangkraf menyiarkan berita tersebut dengan tajuk, “Rusuhan Kuil: Tun M percaya serangan ada niat membunuh”.

Kenyataan Tun Mahathir tersebut juga boleh ditonton dengan jelas di Youtube melalui pelbagai media yang menyalurkan maklumat tersebut.

Peristiwa sedih dan menyayat hati ini menggemparkan seluruh negara kerana betapa kejamnya perusuh di kuil tersebut yang diprovokasi sedemikian rupa sehingga anggota bomba yang sedang bertugaspun sanggup dibelasah sehingga mengakibatkan kematiannya.

Persoalannya kenapa pesalah yang membuat provokasi yang telahpun diketahui umum, tidak dikenakan apa-apa tindakan sehingga kini sehingga wujudnya andaian kes kematian Muhammad Adib ini cuba disorok oleh sesetengah pihak.

Justeru, jika dapatan inkues yang sedang dijalankan ini kelihatan seperti ingin menutup perkara sebenar yang berlaku, pihak keluarga ataupun Jabatan Bomba boleh menggunakan hujah ini untuk mendapatkan pembelaan agar tiada pihak tertentu cuba menutup kes ini dengan memperlihatkan seolah-olah Muhammad Adib dilanggar ketika malam kejadian.

Jika tidak, Tun Mahathir sendiri boleh mempertikaikan kenapa pihak IJN dan doktor yang mengiringi beliau menyalurkan maklumat tidak betul kepadanya selaku Perdana Menteri.

Tidak mungkin Tun Mahathir yang ingin menegakkan ‘Rule of Law‘ dalam pentadbirannya, boleh membiarkan kezaliman ini berlaku sekiranya beliau mengetahui kisah sebenar yang terjadi.

Malah tidak salah juga jika Tun Mahathir dipanggil memberi keterangan kerana beliau pasti “Muhammad Adib dipukul atau diserang dengan niat untuk membunuhnya”.

Semoga kebenaran tidak disorok dalam memberi keadilan dan pembelaan terhadap arwah Muhammad Adib, serta inkues ini akan menjadi indikator bahawa benarkah rule of law akan benar-benar ditegakkan di negara ini.

Image result for tun melawat adib di ijn

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend