LAWATAN PUTERA MAHKOTA KE PAKISTAN, INDIA DAN CHINA BUKTI LANGKAH STRATEGIK SAUDI

360
SHARES
2.1k
VIEWS

Lawatan Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman ke tiga buah negara di rantau Asia, merupakan kejayaan dalam aspek ekonomi dan strategik, menurut pakar.

Lawatan itu yang menyaksikan Putera Mahkota Arab Saudi diberi sambutan menakjubkan oleh pemimpin Pakistan, India dan China, adalah sejajar dengan Wawasan 2030 Saudi yang dipelopori oleh Baginda.

Melalui wawasan tersebut, Baginda merancang untuk mengubah ekonomi Arab Saudi yang bergantung  hanya kepada eksport minyak mentah dengan mempelbagaikan peluang ekonomi yang ada.

Lawatan ke tiga negara tersebut setakat ini menghasilkan kerjasama bilateral bernilai berbilion ringgit  melalui kerjasama yang terjalin dalam bidang ekonomi serta inisiatif untuk meningkatkan keselamatan dan memerangi keganasan.

Menurut penganalisis politik, Hamdan Al-Shehri, China dan Arab Saudi mempunyai matlamat keselamatan dan kestabilan yang sama. Hubungan ekonomi antara negara juga bertambah baik yang saling menguntungkan kedua-dua negara.

“China memerlukan sumber tenaga yang besar, dan Arab Saudi adalah salah satu daripada sumber-sumber yang dapat memberi tenaga dengan China.”

Antaranya seperti satu usaha sama antara Saudi Aramco dan Norinco yang dimeterai iaitu perjanjian kompleks penapisan dan petrokimia bernilai yang bernilai RM40 bilion, yang akan dibangunkan di bandar Panjin, China.

Selain itu, kerjasama yang terjalin dengan Pakistan pula adalah dengan membina kilang penapis minyak bernilai RM40 bilion di Pelabuhan Gwadar, yang dikenali sebagai salah satu bahagian terpenting dalam kerjasama One Belt, One Initiative dan memberi keuntungan kepada geopolitik Saudi.

Menurut Hamdan lagi, para pemain industri global bersedia untuk melabur dalam projek tersebut dan akan memberi manfaat kepada Saudi serta Koridor Ekonomi China-Pakistan.

Lawatan ke India pula, Saudi berkongsi kebimbangan mengenai ketidakstabilan yang berlaku di Lautan Hindi dan Laut Merah di mana kedua-duanya adalah laluan perdagangan global.

Selain berkaitan perniagaan, lawatan Putera Mahkota Saudi tersebut juga termasuk pembebasan 2,100  tahanan Pakistan di Arab Saudi serta seramai 850 tahanan India akan dibebaskan.

Bahasa Cina juga akan diperkenalkan dalam kurikulum sekolah di Arab Saudi dan kerajaan Saudi juga memberi komitmen untuk menjadi tuan rumah kepada beberapa konsert Bollywood.

Pakistan juga menerima penghargaan Putera Mahkota dengan pembinaan pusat kesihatan di wilayah Khyber Pakhtunkhwa yang didedikasikan untuk mengenang jasa seorang warga Pakistan yang  terbunuh ketika menyelamatkan 14 nyawa di banjir 2009 di Jeddah.

Sayangnya lawatan Baginda ke Malaysia dibatalkan tanpa menyebut sebarang tarikh gantian, jika tidak tentunya persahabatan baik yang terjalin selama ini dapat diperbaiki kerana setelah PRU-14, Malaysia gagal meneruskan kerjasama yang terjalin baik selama ini apabila menutup King Salman Centre dan menarik semula bantuan ketenteraan di Saudi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts