ISHAM JALIL – CADANGAN PENGAMBILALIHAN LEBUH RAYA BERTOL

463
SHARES
2.7k
VIEWS

Sekejap tadi Pejabat Perdana Menteri telah mengeluarkan kenyataan akhbar berkenaan cadangan pengambilalihan lebuh raya bertol seperti dalam lampiran di bawah.

Kenyataan Pejabat Perdana Menteri Kerajaan PH ini agak berbelit-belit seperti biasa.

Oleh itu saya cuba ringkaskan kenyataan tersebut mengikut pemahaman saya dalam bahasa yang mudah difahami oleh semua seperti berikut:

“KENYATAAN AKHBAR PEJABAT PERDANA MENTERI”

“CADANGAN PENGAMBILALIHAN LEBUHRAYA BERTOL”

1. Dulu sebelum pilihan raya, kami (Kerajaan PH) janji nak hapus semua tol. 9hb Mei kami menang, 10hb Mei semua tol selesai tak payah bayar.

2. Tapi bila dah menang, kami takda niatpun nak kotakan janji sebenarnya, sebab manifesto bukan kitab suci, dan kami olok-olok sahaja untuk pancing undi.

3. Namun demikian, memandangkan nak dekat pilihan raya kecil ini, kami terdesak nak menang, dan Dato’ Najib dan puak pembangkang BN selalu troll kami pasal tol dan kami tak tahan panas punggung, maka kami terpaksa buat janji lain pasal tol ini.

4. Oleh itu, janji baru kami ialah: Kami janji kami akan buat kajian dulu. Dan kami akan hapus beberapa tol sahaja (empat tol), termasuk satu jalan terowong bertol yang pendek sahaja (Smart Tunnel), bukan semua tol seperti yang kami janji dulu ya.

5. Dan bila kami hapus bayaran tol di empat tol ini, kami perkenal bayaran baru yang dinamakan caj kesesakan. Ini nama lain bagi bayaran tol yang kami acah untuk hapuskan tapi sebenarnya kena bayar juga (ala-ala hapus GST 6% dan perkenal SST 10%).

6. Kami ada bagi diskaun juga sikit 30% untuk ambil hati pengguna pada waktu bukan puncak, walaupun sebelum ini kami janji nak hapus semua tol, bukannya bagi diskaun untuk beberapa tol.

7. Dan satu lagi, memandangkan memang tiada orang guna (atau hanya beberapa kerat sahaja orang guna) lebuh raya-lebuh raya ini selepas pukul 11 malam sehingga pukul 5 pagi, maka masa inilah kami bagi tol percuma sebab kami tak berapa ikhlas nak bagi percuma dan hapus tol sebenarnya, dan pada waktu sebelum subuh begini memang takda sangat kutipan tol (kami memang genius).

8. Sekian. Undilah kami lagi di PRK Semenyih ini supaya kami boleh terus sembang kencang kepada anda.

9. Jika ada soalan, sila tanya Lim Guan Eng seperti biasa.

(PERDANA MENTERI TAK MAHU TANDATANGAN SEBAB APA-APA HAL BELIAU BOLEH KATA BELIAU TIDAK TAHU)

(Dipetik dari laman Facebook beliau)

https://www.facebook.com/220524935369705/posts/415933945828802/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts