PUTERA MAHKOTA SAUDI: MASA DEPAN GEMILANG HUBUNGAN SAUDI-CHINA

355
SHARES
2.1k
VIEWS

Putera Mahkota Arab Saudi, Mohammed bin Salman, memberikan gambaran mengenai peluang yang gemilang antara hubungan Arab Saudi dan China di masa hadapan.

Selain merujuk kenaikan 32 peratus dalam perdagangan dua hala pada tahun lepas, Baginda juga  berkata bahawa hubungan meningkat dari hanya perdagangan kepada keselamatan dan juga kerjasama pertahanan.

“Hubungan Arab Saudi dengan China telah berlangsung sejak sekian lama,” kata Putera Mahkota Mohammed bin Salman kepada Presiden Xi Jinping pada pertemuan mereka di Dewan Besar Rakyat di tengah-tengah ibu kota China.

Sementara itu, Presiden China turut menekankan ketegasan negaranya dalam usaha bersama dengan Arab Saudi untuk menyokong hubungan strategik antara kedua-dua negara. Beliau menambah bahawa terdapat penyelarasan dengan Arab Saudi dalam isu-isu antarabangsa dan serantau sejak kebelakangan ini.

Putera Mahkota Saudi juga mempengerusikan forum kerjasama China-Saudi yang menyimpulkan 12 perjanjian kerjasama dalam pelbagai bidang antaranya petroleum dan industri kimia untuk pelaburan, tenaga boleh diperbaharui dan anti keganasan.

Arab Saudi juga adalah salah satu daripada pembekal minyak mentah China dan pasaran penting untuk eksportnya.

Selain itu, Arab Saudi dan China juga menandatangani perjanjian kerjasama ekonomi bernilai sejumlah US$28 bilion pada forum pelaburan bersama tersebut di mana 35 perjanjian telah ditandatangani di forum yang dikawal oleh agensi pelaburan Arab Saudi iaitu SAGIA. Empat lesen juga telah dianugerahkan kepada syarikat-syarikat Cina di forum tersebut.

Putera Mahkota juga menjanjikan sokongan Arab Saudi untuk projek prasarana OBOR (One Belt One Road), dengan menyatakan kesediaan menghubungkannya dengan rencana Wawasan 2030 Saudi, iaitu satu pelan tindakan yang dibuat oleh Baginda untuk memastikan minyak, terutamanya sebagai sumber tenaga lestari menjadi lebih murah dan lebih popular.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts