ADAKAH FOO SING WAI PELAMPAU AGAMA ATAU PEMBENCI ISLAM?

607
SHARES
3.6k
VIEWS

Kerajaan Pakatan Harapan terlalu mengambil mudah dan memandang remeh isu-isu yang melibatkan umat Islam di negara ini di mana penghina agama seperti Foo Sing Wai masih belum didakwa sedangkan telah dibebaskan dari ditahan reman.

Sedangkan perbuatan beliau amat melampau dan beliau boleh dikategorikan sebagai pelampau agama ataupun pembenci agama Islam.

Sampai bila umat Islam boleh bersabar jika agama dihina dan dinjak-injak sebegini rupa oleh individu Cina yang berterusan mencabar umat Islam terutamanya selepas Pakatan Harapan mengambil alih negara?

Sudahlah sebelum ini mereka hendakkan hak Islam, hina pemimpin Islam, hina Melayu yang beragama Islam, malah kini semakin berani hina Nabi Muhammad SAW?

Umat Islam masih sakit hati arwah Adib masih belum mendapat pembelaan sewajarnya, Waytha Moorthy dan V. Ganabatirau yang melakukan provokasi masih belum dikenakan tindakan, kini dicabar lagi!

Apa yang Peguam Negara buat, apa yang beliau hendak ‘twist‘ kali ini?

Bayangkan jika ada orang Islam yang menghina Siddhartha Gautama Buddha bagi kepercayaan Buddha dengan mengutuk fizikalnya atau membuat fitnah melalui kartun atau lukisan dengan mengatakan beliau pedofil.

Atau kepercayaan Hindu dicela dan dihina dengan apa cara sekalipun melalui tulisan, lukisan, karikatur oleh mana-mana orang Islam di mana jua.

Begitu juga jika ada penghinaan terhadap Jesus Christ atau Triniti, bagi penganut Kristian, sekiranya ada umat Islam menghina mereka tentunya satu negara akan ‘menyalak’ menuntut ditangkap, didakwa dan sekaligus dipenjarakan.

Bahkan satu dunia juga tidak boleh menerima dan akan mengutuk sebarang kecaman, hinaan apatah lagi fitnah terhadap mana-mana agama dan kepercayaan bahkan akan bersodaliriti bersama mengecam perbuatan tidak bertamadun tersebut.

Malah orang Islam sendiri mengutuk keras jika ada mana-mana orang Islam menghina agama dan kepercayaan lain.

Mustahil Foo Sing Wai dan individu yang berfikiran sama seperti beliau tidak tahu, tidak peka, tidak faham ataupun tidak perasan bahawa perbuatannya itu bukan sahaja tidak boleh diterima oleh sesiapapun di dunia ini serta boleh dipenjarakan jika disabitkan kesalahan.

Dunia hari ini tanpa sempadan, melalui Google sahaja beliau sudah boleh tahu siapa Nabi Muhammad dan kehidupannya dan jelas beliau sengaja melakukannya dengan rela hati untuk menyakiti hati orang lain terutama umat Islam.

Beliau boleh ke masjid atau memohon bertemu alim ulamak bahkan Mufti sekalipun untuk bertanyakan mengenai apa-apa perkara berkaitan Islam bukan dengan menyebarkan fitnah terhadap agama Islam secara melampau.

Adakah Foo Sing Wai ini ekstremis Buddha ataupun ektremis Kristian (mengikut apa agamanya) yang membenci secara melampau agama Islam dan mungkin juga agama lain?

Ini kerana jika ada orang Islam yang melakukan perkara yang sama sepertinya, maka tentunya beliau akan dilabel sebagai ekstremis ataupun pelampau agama.

Jika benar maka beliau tidak boleh dibenarkan berjalan-jalan sembarangan dan wajar dihalang membuat sebarang kenyataan kerana seorang pelampau agama ini berkecenderungan untuk bertindak melangkaui fikiran individu biasa yang tidak ekstrem kerana kebencian bersarang di hatinya.

Tidak cukup jika beliau hanya meminta maaf atas kesengajaan yang dilakukan dan wajar dikenakan hukuman seberat-beratnya sebagai iktibar untuk mencegah agar berulang perkara yang sama oleh pelampau agama atau pembenci agama Islam seperti beliau ini.

Foo Sing Wai wajar bersyukur dan berterima kasih kerana orang Islam di Malaysia ini amat baik hati dan bertoleransi kerana jika di negara lain hatta di Indonesia sekalipun, nasib beliau tentu lebih buruk kerana individu seperti beliau ini tidak akan dibiarkan bermaharajalela.

Image result for foo sing wai
FOO SING WAI, SI TUA KUTUK PEMBENCI ISLAM INI ADALAH PENGANUT ‘KEPERCAYAAN’ BERSIH, CUBA UMAT ISLAM MENGHINA KEPERCAYAAN SEMBAHANNYA, TENTU PEMBENCI ISLAM INI AKAN BERGULING-GULING ATAS JALAN MEMAKI HAMUN MEMBANTAH. NAMUN UMAT ISLAM TIDAK SEBODOH PEMBENCI ISLAM INI, UNTUNGLAH BELIAU HIDUP DI MALAYSIA
Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts