PENDAKWAAN SEGERA KE ATAS LELAKI YANG MENGHINA NABI MUHAMMAD SAW

1.1k
SHARES
3.7k
VIEWS

KENYATAAN MEDIA WIRA PERKASA MALAYSIA

Oleh Syed Mohd Shahriman Syed Badrishah

Naib Wira Perkasa Malaysia

23 Februari 2019 | 18 Jamadil Akhir

1. Perkasa Malaysia ingin menzahirkan rasa kecewa dan marah apabila menerima berita bahawa lelaki yang ditahan kerana menghina Nabi Muhammad SAW menerusi akaun Facebook menggunakan nama Foo Sing Wai, telah dibebaskan dengan jaminan polis tanpa ada sebarang pendakwaan terhadap dirinya.

2. Tindakan ini secara tidak langsung merupakan satu lagi penghinaan terhadap orang Islam di negara ini apabila seseorang yang secara biadap dan kurang ajar telah menghina Nabi Muhammad SAW boleh dibebaskan tanpa sebarang pendakwaan, sedangkan perbuatan keji dan biadap lelaki tersebut telah menghina dan menimbulkan kemarahan umat Islam di seluruh negara.

3. Lelaki berkenaan ternyata bersalah mengikut Seksyen 298A Kanun Keseksaan (atas alasan agama menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci membenci atau niat jahat atau memudaratkan, pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan) dan juga Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain).

4. Justeru, Perkasa Malaysia ingin menggesa pihak polis agar meneruskan pendakwaan dengan kadar segera dan wajib ke atas lelaki yang berusia 68 tahun itu bagi memulihkan rasa marah seluruh umat Islam sekaligus memberi pengajaran kepada orang ramai agar tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian telekomunikasi dengan memuat naik atau berkongsi sebarang bentuk provokasi yang boleh menyentuh dan mengguris sensitiviti agama dan perkauman, sehingga membangkitkan ketegangan orang ramai yang boleh menjejaskan keamanan masyarakat majmuk di negara ini.

Sekian.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts