PROGRAM SANTAI BOSSKU – UKM SABOTAJ MASZLEE ATAU MASZLEE MENIPU?

412
SHARES
2.4k
VIEWS

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik mempelawa lebih ramai tokoh politik termasuk daripada pihak pembangkang untuk berkongsi idea di universiti awam.

Ini, katanya, bagi merealisasikan dasar kementerian untuk menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka.

“Inilah dasar kita. Kita berharapkan lebih banyak lagi universiti awam dapat menganjurkan forum dan pidato melibatkan orang-orang politik tanpa ada sekatan.” – 28 November 2018

Namun selepas penganjur iaitu Majlis Perwakilan Pelajar UKM memohon dan mendapat kelulusan bagi “Program Sembang Santai Bossku di UKM” yang akan diadakan selepas Jumaat ini, kelulusan tersebut telah ditarik balik dengan alasan ditangguhkan, tanpa memberi sebarang tarikh lain.

Mungkin juga tarikh baru akan diberi selepas PRK Semenyih ataupun terus ditangguhkan selamanya.

Program tetap diteruskan namun ditukar ke sebuah kafe iaitu Cartel Coffeshop di 11, Jalan 15/1D, Seksyen 15, 43650 Bandar Baru Bangi.

Justeru, aspirasi yang diluahkan sendiri oleh Menteri Pendidikan itu tidak akan tercapai jika pihak UKM ataupun pihak kerajaan tidak berani mencuba formula yang diketengahkan oleh Menteri Pendidikan sendiri.

Iaitu untuk membuka pintu kepada ahli politik pembangkang di universiti agar dapat “merealisasikan dasar kementerian untuk menjadikan universiti sebagai medan intelektual terbuka”, tidak akan tercapai dengan sekatan demi sekatan terhadap idea bernas begini.

Perkara ini tidak sepatutnya dibenarkan berlaku yang mencemar imej Menteri Pendidikan yang mengutarakannya, apatah lagi Maszlee sendiri yang mengatakannya sebagai ‘dasar kita’ iaitu memberi maksud sebagai dasar Kementerian Pendidikan dan ini akan membuka lembaran baru pendidikan negara.

Adakah ini unsur-unsur sabotaj oleh pihak UKM ataupun pihak-pihak tertentu untuk merosakkan reputasi baik Maszlee selama ini yang gigih memperkasa Kementerian Pendidikan dengan idea-idea ‘jauh merentas masa’ beliau?

Bagaimanakah pihak UKM atau mana-mana pihak sekalipun sanggup ataupun berani membelakangkan aspirasi seorang Menteri Pendidikan sedangkan mereka perlu menunjukkan teladan dan contoh yang baik kepada pelajar-pelajar dengan tidak bersikap berdolak-dalik?

Tidak mungkin pula Maszlee menipu kerana beliau berlatarbelakangkan pendidikan Fiqh dan Usul Al-Fiqh serta ijazah kedoktoran dalam bidang Good Governance pada tahun 2011 dan bersekolah pula di Madrasah al-Quran Waddin dan kemudiannya ke Maahad Johor pada tahun 1989.

Malah sebelum menjadi Menteri, Maszlee Malik merupakan pensyarah kanan di Jabatan Fiqh dan Usul al-Fiqh di Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Dengan latar belakang Islam yang hebat beliau pasti tidak menipu kerana pada November lepas, beliau mempelawa pembangkang masuk universiti awam, seperti yang tersiar di media-media.

Ini Malaysia Baru, adakah UKM malu nak laksana, Bossku?

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts