SAUDI – CHINA PERKUKUH KERJASAMA DUA HALA

353
SHARES
2.1k
VIEWS

Arab Saudi dan China mencapai persefahaman untuk meningkatkan lagi kerjasama kewangan, yang dimaklumkan dalam lawatan terakhir Putera Mahkota Mohammed Bin Salman ke rantau Asia.

Ketibaan Putera Mahkota Saudi itu disambut mesra oleh Presiden China Xi Jinping di Beijing. Baginda kemudiannya menyertai Naib Perdana Menteri Han Zheng untuk menjadi Pengerusi dalam mesyuarat ketiga Jawatankuasa Tertinggi Bersama China-Arab Saudi.

Putera Mahkota turut dibawa mencemar duli melawat Tembok Besar China, diiringi oleh pegawai-pegawai tinggi China.

Antara inisiatif bermanfaat bagi kedua-dua negara adalah rancangan untuk membangunkan integrasi yang lebih baik antara strategi pembangunan OBOR (One Belt One Road) dan program pembaharuan Wawasan 2030 Saudi.

Turut dicapai adalah pendekatan pelbagai hala bagi pembangunan dan polisi komunikasi yang diperhebatkan dan turut dipersetujui dalam mesyuarat jawatankuasa kecil kewangan, dipengerusikan oleh Naib Menteri Kewangan Cina Zou Jiayi dan rakan sejawatnya dari Saudi, Hamad Al-Bazai.

Inisiatif lain yang ditandatangani oleh delegasi Saudi dan China termasuk sokongan untuk pembaharuan Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa, serta menyokong institusi pembangunan pelbagai hala yang baru, antaranya Bank Pelaburan Infrastruktur Asia.

Dalam pertemuan berasingan, Menteri Luar China Wang Yi dan Menteri Luar Negeri Saudi Adel Al-Jubeir turut memuji kerjasama dan persefahaman erat antara kedua-dua negara.

Menteri Tenaga, Khalid Al-Falih juga berkata lawatan putera mahkota itu akan mengangkat hubungan dua hala ke aras yang lebih tinggi dan turut berkeyakinan terhadap integrasi terancang antara Wawasan 2030  Saudi dan OBOR.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts