HUBUNGAN SAUDI – INDIA AKAN DIPERKASAKAN – PUTERA MAHKOTA

373
SHARES
2.2k
VIEWS

Hubungan India dan Arab Saudi akan dikekalkan selama beribu-ribu tahun, kata Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed Bin Salman selepas upacara sambutan ketibaan Baginda di New Delhi, semalam.

Putera Mahkota Saudi tersebut dalam rangka lawatannya ke rantau Asia termasuk ke Malaysia dan Indonesia namun dibatalkan pada saat-saat akhir dan hanya ke Pakistan, India dan seterusnya ke China.

Ketika bercakap kepada pemberita, Baginda berkata lawatannya ke India akan meningkatkan hubungan berabad-abad lamanya.

Putera Mahkota, yang tiba di India pada malam Selasa lepas selepas melawat Pakistan, akan mengambil bahagian dalam perbincangan dengan Perdana Menteri India mengenai aspek hubungan yang lebih meluas antara dua negara.

Pada 2018 sahaja, perdagangan dua hala antara kedua-dua negara mencecah US$27.5 bilion dan akan dipertingkatkan sehingga US$100 juta.

Modi juga akan menjadi tuan rumah bagi majlis makan tengahari untuk para tetamu yang hadir melawat, sementara pada waktu petang Presiden Ram Nath Kovind akan menjadi tuan rumah bagi majlis santapan untuk menghormati kedatangan Putera Mahkota Saudi, sambil diiringi oleh delegasi peringkat tinggi yang meliputi menteri, pegawai kanan dan ahli perniagaan Saudi.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts