ABSHER, APLIKASI MOBIL ATASI KETIDAKCEKAPAN BIROKRASI BUAT WARGA SAUDI

370
SHARES
2.2k
VIEWS

ABSHER, aplikasi e-perkhidmatan dengan hanya ‘satu klik’ yang dilancarkan oleh Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi pada tahun 2015, kini dianggap sebagai platform kerajaan utama bagi warga Saudi.

Aplikasi ini menyelesaikan mereka daripada masalah ketidakcekapan birokrasi tanpa perlu beratur panjang untuk perkhidmatan seharian.

Platform Absher menghimpunkan lebih daripada 160 perkhidmatan yang berbeza untuk semua anggota masyarakat, termasuk wanita, orang tua dan orang yang mempunyai keperluan khusus.

Aplikasi ini menjadikan perkhidmatan kerajaan tersedia untuk para penguna mengakses secara langsung pada bila-bila masa dan di mana sahaja.

Absher memudahkan penduduk Arab Saudi untuk membuat janji temu, memperbaharui ID, pasport, lesen pemandu, pendaftaran kereta dan perkhidmatan lain dengan hanya ‘satu klik’.

Image result for absher saudi

Menurut salah seorang pengguna, Muna Abu Sulayman, penasihat strategi yang juga seorang personaliti media, memberitahu Arab News bahawa Absher telah membantu memperkasa hak-hak wanita, di sebalik kritikan oleh Barat yang mengecam Absher sebagai ‘alat penindasan’ kerajaan terutamanya wanita.

Malah mereka turut mendesak Apple dan Google untuk membuang aplikasi Absher dari stor muat-turun masing-masing atas  dakwaan bahawa ia “membenarkan pengawasan dan mengawal pergerakan pengguna wanita”.

Muna berkata beliau kecewa dengan komen yang tidak adil mengenai platform e-perkhidmatan tersebut sedangkan ia banyak membantu warga Saudi berurusan tanpa kerenah birokrasi.

Absher juga menyediakan perkhidmatan seperti e-borang, urusan berkaitan dengan ibadah Haji, kawalan pasport, urusan perkhidmatan awam, kawalan lalu lintas, temu janji di hospital kerajaan dan pelbagai lagi perkhidmatan yang memudahkan warga Saudi.

Image result for absher saudi

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts