DASAR BAHARU SUBSIDI HAJI PERLU LEBIH ADIL

370
SHARES
2.2k
VIEWS

Kenyataan Media Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia

16 Februari 2019

1. PERKASA merujuk kepada berita Sinar Harian online bertajuk “Pertimbang semula dasar baharu subsidi haji.”

2. PERKASA menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof dan Tabung Haji (TH) memikirkan semula dasar baharu subsidi haji yang mengenakan caj penuh kepada mereka yang berjaya dalam rayuan pertama untuk menunaikan haji kerana ia akan membebankan bakal bakal haji yang akan menunaikan haji.

3. PERKASA juga difahamkan caj penuh tanpa subsidi berjumlah RM22,900 berbanding caj lama yang hanya berjumlah RM9,880. Peningkatan caj bayaran sebanyak RM12,920 bererti tiada subsidi haji diberikan mereka yang berjaya dalam rayuan pertama untuk menunaikan haji. Ini adalah sesuatu yang tidak munasabah dan tidak berlaku kepada kerajaan terdahulu.

4. PERKASA juga menggesa agar keutamaan pertimbangan rayuan menunaikan haji diberikan kepada mereka yang sangat-sangat memerlukan dan berkeadaan darurat.

5. PERKASA juga menggesa agar kerajaan Malaysia berbincang secara berhemah dengan kerajaan Arab Saudi untuk meningkatkan kuota Haji jemaah Malaysia. Ini yang lebih baik.

6. Amalan terdahulu di mana jumlah bayaran subsidi bagi jemaah haji Muassasah Tabung Haji (TH) yang menunaikan haji kali pertama pada RM9,980 sepatutnya dikekalkan dan tidak diusik.

7. Perkasa juga berterima kasih kepada TH kerana menanggung subsidi lebih RM306 juta susulan peningkatan kos haji tahun ini sebanyak RM22,900 seorang berbanding RM22,450 pada musim haji yang lalu.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts