PEPERANGAN DI SEMENYIH BERMULA DENGAN MEMPERKENALKAN CALON-CALON

375
SHARES
2.2k
VIEWS

Hari ini 14 Februari, Parti Bersatu dan BN akan memperkenalkan calon masing-masing di Taman Pelangi, Semenyih.

Di PRK Semenyih, 68% pengundi Melayu akan menentukan kemenangan Calon PBBM atau BN.

Kerusi DUN Semenyih adalah kepunyaan PBBM, jarang-jarang kerusi parti yang menang di PRU tewas pada Pilihan Raya Kecil.

Kecuali pada PRK tahun 2014, apabila BN menang semula kerusi Parlimen Teluk Intan daripada parti DAP (PRU-13).

BN ingin meneruskan momentum kemenangan di Cameron Highlands ke Semenyih. Kerjasama politik dengan Parti PAS, dari sehari ke sehari semakin mantap dan kukuh.

Di Semenyih, sebahagian daripada kawasan ini berada di dalam bandar dan sebahagian daripada Semenyih, masih terdapat banyak kampung-kampung Melayu. It‘s a mix state seat. Kawasan pilihan raya negeri yang bercampur-campur.

Yang jelas kelihatan, untuk ke Semenyih kita melalui pelbagai tol jalan raya. Maka, isu penghapusan tol seperti janji kerajaan PH, berkemungkinan akan menjadi isu.

Dr. Mahathir semalam mengumumkan 7 bekas Ahli Parlimen UMNO telah sah menjadi Ahli Parti Bersatu.

Walaupun rakan PH iaitu DAP telah melabelkan bekas Ahli-Ahli Parlimen UMNO ini sebagai sampah, Bersatu tidak ambil peduli.

Malahan, Dr. Mahathir telah mengugut parti-parti gabungan PH, sekiranya mereka tidak setuju. Dr. Mahathir kata, dia akan bawa parti Bersatu ke arah lain.

Kini, Bersatu ada 22 orang Ahli Parlimen, parti keempat terbesar di Dewan Rakyat.

Manakala, UMNO tinggal 37 Ahli Parlimen.

Apa pun, Semenyih akan menjadi medan pertembungan antara UMNO (BN) + PAS dengan Bersatu + PH.

Pertembungan untuk memenangi hati dan jiwa orang-orang Melayu Semenyih. Bagi UMNO, mereka akan terus menerus membawakan mesej bahawa Parti UMNOlah sebenarnya parti yang mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu bukannya parti Bersatu, yang ditunggang oleh DAP.

Manakala, UMNO bersama PAS, akan membuktikan kerjasama politik ini adalah satu hikmah (selepas kekalahan BN pada PRU-14), untuk 2 parti Islam terbesar di negara ini bergabung atas nama Perpaduan Ummah dan kepentingan Agama Islam.

Salam.

DSBA

14 Februari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts