BELAJAR UNTUK BENTERAS JUDI TETAPI DITAJA OLEH SYARIKAT JUDI?

405
SHARES
663
VIEWS

Oleh Mohd Puad Zarkashi

13 Februari 2019

Lim Guan Eng mendedahkan lawatan sambil belajar PDRM ke Turki yang diketuai oleh KPN iaitu TS Fuzi ditaja oleh syarikat loteri Da Ma Cai.

Tujuan lawatan itu ialah untuk mempelajari bagaimana untuk membenteras aktiviti judi atas talian. Memang pelik, belajar untuk membenteras judi haram tetapi ditaja oleh syarikat judi.

Di mana integriti polis? Di mana pula integriti kerajaan? Guan Eng berbangga kerajaan tidak keluar duit sekupangpun. Soalnya mungkin boleh berlaku “conflict of interest”. Ia boleh menyebabkan syarikat judi berpengaruh terhadap sebuah agensi penguatkuasaan yang amat sensitif seperti PDRM.

Kita juga hairan kenapa TS Muhyiddin Yassin terlepas pandang mengenainya. Dia mengakui dimaklumkan mengenai lawatan tersebut tetapi tidak menjawab pendedahan Sarawak Report mengenai kos lawatan tersebut sebanyak RM312,441.

Mungkin Muhyiddin lebih berminat merancang untuk menjadi Perdana Menteri dan tidak berminat menjadi Menteri KDN. Muhyiddin mesti siasat dan tidak boleh lepas tangan.

Dr. Maszlee yang berada di belakang Lim Guan Eng semasa sidang media tersebut hanya tersenyum apabila Guan Eng mendedahkan syarikat Da Ma Cai adalah syarikat nombor ramalan.

“Malunya Bossku”.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan