MAJLIS TINDAKAN EKONOMI BUKTI KEGAGALAN TUN MAHATHIR

395
SHARES
2.3k
VIEWS
Pejabat Perdana Menteri telah mengumumkan penubuhan Majlis Tindakan Ekonomi (MTE) beberapa hari lepas untuk bertindak terhadap masalah dihadapi rakyat, khasnya berkaitan ekonomi, isu kos sara hidup, guna tenaga, kemiskinan dan pemilikan rumah.

Namun menurut Datuk A. Kadir Jasin, Penasihat Khas Media dan Komunikasi kepada Tun Mahathir menerusi blognya, penubuhan majlis ini menunjukkan kegagalan Kabinet dalam menangani isu ekonomi, kewangan dan kebajikan rakyat.

Kenyataan Kadir itu kemudiannya diselar Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana menurutnya, beliau sendiri yang mencadangkan penubuhan MTE bagi mengukuhkan ekonomi negara dan rakyat.

Hakikatnya, MTE yang baru dilancarkan beberapa hari ini sebenarnya hanya membuktikan kegagalan Tun Mahathir selaku Perdana Menteri, dalam mengatasi masalah ekonomi negara dan keluhan rakyat.

Beliau sendiri sebelum ini telah mewujudkan 3 pihak berasingan untuk menasihati dan membantunya  khusus berkaitan ekonomi dan kewangan iaitu;

  • Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), diwujudkan sebaik sahaja Pakatan Harapan membentuk kerajaan, bagi memberi nasihat kepada Tun Mahathir berkaitan ekonomi dan kewangan – dianggotai oleh lima orang profesional dalam bidang masing-masing termasuk Tun Daim dan Tan Sri Zeti dan Prof. Jomo Sundaram, masih berfungsi sehingga kini
  • Dr. Muhammad Khalid, adik ipar kepada Tun Daim dilantik sebagai penasihat ekonomi peribadi Perdana Menteri – khusus menasihati Tun Mahathir, juga berkaitan ekonomi, serta
  • Jangan dilupakan Azmin Ali yang dilantik atas portfolio Menteri Hal Ehwal Ekonomi, kementerian yang baru ditubuhkan akibat pemisahan portfolio hal ehwal ekonomi dari Jabatan Perdana Menteri

Malah MTE yang dianggotai oleh 16 individu ini juga termasuk 2 anggota CEP sendiri iaitu Zeti dan Prof. Jomo, selain Azmin Ali dan juga Muhammad Khalid, yang hanya membuktikan ketiga-tiga ‘penasihat ekonomi’ yang dilantik sebelum ini tidak berkesan dan perlu diserapkan dalam majlis ini.

Azmin yang disebut-sebut sebagai pengganti Mahathir turut dilihat gagal, jadi bagaimana beliau ingin menyimpan angan-angan tinggi menjadi Perdana Menteri?

Baru bertanggungjawab terhadap satu kementerian sahaja sudahpun gagal, bagaimana mahu menerajui  satu negara kelak?

Namun masyarakat boleh bersangka baik, mungkin Azmin dan Mahathir tidak sempat kerana terlalu sibuk mencatur Ahli Parlimen UMNO masuk ke dalam parti Bersatu.

Mereka berdua dan ‘circle‘ mereka juga tidak rela Anwar menjadi Perdana Menteri, yang mungkin akan menghambat mereka sehingga ke lubang cacing.

Apapun, Tun, Azmin dan Bersatu boleh merancang apa sahaja yang mereka mahu namun hanya apa yang Allah Taala tetapkan sahaja yang pasti akan berlaku.

Seperti juga Anwar, jika satu dunia berkumpul tidak mahu beliau menjadi Perdana Menteri, tetapi jika itu yang ditetapkan Allah Taala, maka pasti dan pasti beliau tetap akan menjadi Perdana Menteri.

Seperti kata-kata Anwar sendiri, “que sera, sera“.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts