TAHUN BARU CINA PALING HAMBAR DALAM 20 TAHUN INI

371
SHARES
2.2k
VIEWS

Tahun Baru Cina CNY 2019, tahun ini adalah tahun baru Cina yang paling hambar semenjak 20 tahun ini.

Kali terakhir, CNY sebegini adalah pada tahun 1998, ketika negara menghadapi kegawatan Ekonomi.

CNY 2019 menjadi hambar tahun ini kerana 2 perkara penting iaitu:

1. Ekonomi Negara kelihatan semakin muram. Business semakin berkurangan; dan

2. Rakyat terutamanya masyarakat Cina pada CNY tahun ini tidak berbelanja seperti biasa. Kebanyakan mereka berbelanja dengan berhati-hati. Mereka menjangkakan dengan Kerajaan PH ini, ekonomi negara akan bertambah buruk.

Saya secara kebetulan menaiki kereta Teksi Grab dari Sunway Piramid ke Shah Alam.

Mr. Gan Hong Heng pemandu Grab berkenaan meluahkan perasaan tidak puas hatinya terhadap Kerajaan Pakatan Harapan ini.

Dia berkata, dia menyesal menyokong Pakatan Harapan pada PRU-14. Semua janji-janji PH bohong belaka.

Walaupun sudah beri masa selama 9 bulan, masyarakat Cina juga belum merasakan sebarang perubahan kepada kos sara hidup yang semakin meningkat bukannya menurun.

Janji harga petrol akan turun kepada RM1.50 selitter adalah satu pembohongan yang paling besar. Kalau harga petrol diturunkan dan diberi subsidi oleh kerajaan, kemungkinan besar harga barang-barang keperluan rumah akan turun.

Kami menyesal mengundi PH.

Hidup rakyat tidak stabil.

Ekonomi semakin tidak menentu.

Menteri-menteri pun kelam kabut, tidak ada pengalaman.

Menteri-Menteri tiba-tiba hidup mewah (cuti luar negara dan kereta baru mewah).

Berbeza dengan kehidupan Rakyat yang semakin terhimpit dalam kesusahan.

Kami pemandu teksi juga susah mahu cari pendapatan.

RAKYAT SUDAH SEDAR APA MAKNA REALITI HIDUP DI BAWAH KERAJAAN PH ATAU KERAJAAN BN.

RAKYAT SUDAH SEDAR:

Yang mana permata dan yang mana kaca.

Tiba-tiba ditubuhkan MAJLIS TINDAKAN EKONOMI NEGARA, memperlihatkan ekonomi negara ke arah suasana yang lebih muram.

Salam.

DSBA

13 Februari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts