LAWAK MINGGU INI: JANGAN SAMPAI MUKRIZ MAHATHIR TIDAK MENGAKU RAKYAT MALAYSIA

Oleh Anuar Shaari

10 Februari 2019

Penutup minggu kedua Februari 2019 kita dihidangkan dengan adegan lawak ‘kelulusan akademik’ dari pemimpin kerajaan PH. Bagaikan siri sitkom di kaca TV, ianya seakan-akan bersiri dengan episod dan watak baru dari pemimpin PH.

Kali ini Setiausaha Agung PPBM merangkap Timbalan Menteri Luar mengambil tempat sebagai watak utama. Saya percaya ramai yang mengikuti komedi ini atau sekurang-kurangnya tahu kerana ia dikatakan ‘trending‘ minggu ini.

Bukan sahaja di dalam negara, bahkan di luar negara. Media Singapura melapor berita kelulusan Setiausaha Agung PPBM merangkap Timbalan Menteri Luar ini. Agensi berita antarabangsa AFP juga melaporkannya. Hebat sungguh cerita ‘komedi’ yang dihidangkan PH kali ini.

Susulan komedi yang ditimbulkan Setiausaha Agung PPBM ini, dua orang Menteri Besar dari PPBM turut terpalit dengan komedi yang sama. Cerita kelulusan akademik Menteri Besar Perak ini adalah cerita lama. Akan tetapi, ianya tetap menghiburkan rakyat Malaysia.

Cerita kelulusan akademik Menteri Besar Johor pula timbul seiring dengan cerita rakan beliau Setiausaha Agung PPBM. Beberapa pemimpin sekutu PH dari PKR, PAN dan DAP turut sama menerima tempias cerita komedi minggu ini.

Setiausaha Agung PPBM merangkap Timbalan Menteri Luar telah menjawab persoalan yang timbul. “Cambridge di Amerika, bukan Cambridge UK” jawab beliau lalu mengemukakan transkrip keputusan peperiksaan beliau. Namun ianya menambah lagi ‘geli hati’ rakyat Malaysia apabila perkara lain pula timbul. Menteri Besar Perak menyerahkan kepada rakyat untuk menilai kelulusan akademik beliau sama ada tulen atau palsu.

Menteri Besar Johor pula membuat ‘silent comedy‘ dengan mengunci mulut beliau. Namun tetap lawak apabila UPM mengeluarkan kenyataan memerlukan tempoh yang agak lama untuk memeriksa kelulusan Perakaunan MB Johor dari UPM (seperti yang didakwa).

Menteri KPKT dari PKR mendakwa tidak pernah mengaku berkelulusan dari Universiti Kebangsaan Singapura. Sebaliknya menyalahkan pihak lain kerana tidak memeriksa dahulu dengan beliau sebelum mengeluarkan biodata beliau. Jadinya, apa kelulusan beliau?

Image result for marzuki yahya

Menteri Pertahanan memang ‘gentleman‘. Mengaku tiada kelulusan ijazah. ‘Full stop‘. Tiada lawak susulan apabila berterus terang.

Manakala seorang ADUN DAP Tronoh berhempas pulas menjawap dakwaan ijazah MBA dari Universiti Akamai Amerika Syarikat tidak diiktiraf.

Image result for marzuki yahya

Memang minggu ini kita diwarnai dengan lawak ‘kelulusan akademik’.

Ditambah lagi lagi dengan jawapan-jawapan menyokong pelawak-pelawak tersebut terutamanya jawapan membela Setiausaha Agung PPBM. Malahan ada yang membandingkan kes Datuk Seri Marzuki Yahya ini dengan Mark Zuckerberg (pemilik Facebook). Memang cukup menghiburkan.

Jawapan ketua Marzuki Yahya dalam PPBM juga menghiburkan. Datuk Seri Mukriz Mahathir mengatakan Marzuki dilantik bukan berdasarkan kelulusan beliau. Saya kira ini jawapan yang benar-benar ‘telus’ dari Mukriz Mahathir. Dengan jawapan Mukriz, mungkin Marzuki dilantik sebagai Setiausaha Agung PPBM berdasarkan ‘kesetiaan’ beliau kepada Mukriz. Mungkin juga Marzuki dilantik sebagai Timbalan Menteri Luar berdasarkan kefasihan bahasa Inggeris beliau dari Universiti Antarabangsa Cambridge Amerika Syarikat.

Image result for INTERNATIONAL UNIVERSITY CAMBRIDGE MARZUKI

Cuma saya berharap kepada Marzuki Yahya jika beliau terus kekal sebagai Timbalan Menteri Luar dan Setiausaha Agung PPBM, janganlah memalukan Malaysia. Adegan pemimpin menipu kelulusan cukup memualkan. Biar tiada kelulusan, asal tidak menipu! Tambahan pula ianya begitu rancak dilaporkan media antarabangsa.

Bukan apa, saya cuma bimbang Datuk Seri Mukriz akan malu untuk mengaku beliau adalah rakyat Malaysia lagi selepas ini. Nanti di luar negara jika ada yang bertanya kepada Mukriz beliau dari negara mana, mungkin beliau akan menjawab beliau adalah dari India pula selepas ini…

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts