SYABAS TOK MAT HASAN, ADAKAH JOHAN JAAFAR MASIH RELEVAN?

3.5k
SHARES
9.7k
VIEWS

Saya tidak faham mengapa Akhbar Sinar Harian masih terus memilih tokoh media Tan Sri Johan Jaafar sebagai moderator program wacana bersama Pemangku Presiden UMNO, Dato Seri Mohamad Hasan. 

Relevankah lagi Johan?
Ramai yang tahu Johan memang berjiwa Pakatan Harapan apatah lagi selepas PRU14.
Beliau yang mendapat banyak faedah termasuk gelaran Tan Sri serta Pengerusi Media Prima bergaji sangat lumayan ketika era BN pimpinan Dato Seri Najib Tun Razak, kini menunjukkan belang sebenarnya. Tercatat dalam komen media sosial bahawa beliau seorang oportunis besar dan bijak bersandiwara.
Difahamkan kerana kecewa jawatan Pengerusi Media Prima tidak disambung, beliau cepat berubah dan semakin jauh daripada akar bangsa.
Johan seperti memberi restu anaknya Syahredzan Johan bekerja sebagai Setiausaha Politik pemimpin utama DAP, Lim Kit Siang, sesuatu yang mengundang tanda tanya besar. Mana jati diri Johan dan anaknya?
Apabila Johan menjadi moderator dalam sesi wacana terbaru ini, begitu ketara gelojak nafsu beliau untuk terus menghina UMNO sambil berselindung atas nama keterbukaan program tersebut.
Namun cubaan Johan untuk menampakkan UMNO termasuk Najib begitu jijik, busuk dan buruk dalam wacana itu, ternyata gagal.
Tahniah kepada Mohamad kerana berjaya mematahkan percubaan tersebut di sebalik asakan soalan berat sebelah dan tidak adil daripada Johan. Lihatlah sendiri rakaman video wacana itu untuk menilainya.
Saya percaya Johan tentu melangkah ke wacana itu dengan membawa agenda pemimpin Pakatan Harapan selain aspirasi anaknya, yang dikagumi.
Perspektif, jawapan dan penjelasan Mohamad yang bersahaja telah memberi impak. Beliau bukan sahaja dapat menangkis soalan dan tidak termasuk dalam perangkap Johan, malah memberi mesej yang kuat kepada rakyat Malaysia bahawa UMNO masih teguh.
Saya ucapkan tahniah kepada Mohamad kerana telah menyuntik keyakinan baharu kepada UMNO di sebalik pelbagai percaturan jahat Pakatan Harapan pimpinan DAP untuk membunuh UMNO. Mohamad telah membuktikan bahawa walau apapun cabaran yang dihadapi oleh UMNO termasuk akaun kewangan yang dibekukan dan menggunakan mahkamah untuk menganiaya serta membuli pemimpin UMNO, UMNO tidak mudah menyerah dan mengalah. Kejayaan dalam PRK Cameron Highland dan akar umbi yang masih teguh bersama UMNO serta orang Melayu yang makin ramai menyokong parti itu, adalah rekod awal pencapaian Mohamad.
Beliau juga mempamerkan setiakawan yang tinggi dan berjiwa besar. Mohamad mengakui pengaruh dan populariti Najib begitu signifikan dalam menyumbang kepada kemenangan BN pada PRK Cameron Highlands. Realitinya Najib kini lebih popular dan diminati rakyat yang sudah boleh membandingkan era BN dan Pakatan. Barulah disedari ramai bahawa Najib lebih cemerlang dalam pentadbiran dan pengurusan ekonomi untuk rakyat. Selain itu, sudah tentu simpati yang meluas kerana Najib menjadi mangsa fitnah dan tohmahan yang dahsyat oleh para pemimpin Pakatan Harapan. Sebab itu saya tabik Mohamad atas karismanya dan begitu juga bagaimana beliau melenturkan agenda dan ego Johan. Inilah ciri-ciri pemimpin yang diperlukan dalam usaha UMNO untuk bangkit. Pemimpin sebenar diuji ketika krisis dan kepayahan. Setakat ini Mohamad meyakinkan. Semoga beliau berjaya.

Muhd. Aliff Ab. Asyraf

(Dihantar melalui Whatsapp)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts