PEGUAM NEGARA ‘CAP AYAM’

2.5k
SHARES
5.5k
VIEWS

ULANGTAHUN PERKAHWINAN YANG SUNGGUH MENYAYAT HATI BUAT DATO’ SRI NAJIB DAN DATIN SRI ROSMAH

Oleh Dato’ Lokman Noor bin Adam

Ahli Majlis Tertinggi UMNO

Hari ini merupakan ulang tahun Perkahwinan Dato’ Sri Najib Tun Razak, mantan Perdana Menteri dan isteri kesayangan beliau Datin Sri Rosmah Mansor yang ke-32. Beberapa jam yang lalu, pasangan ini penuh ceria bukan sekadar kerana ulang tahun mereka, tetapi hari ini menjadi lebih indah apabila Peguam Negara memohon kepada Mahkamah Tinggi untuk menggugurkan 3 pertuduhan ke atas Dato’ Sri Najib.

Belumpun puas meraikan kemenangan kecil pagi tadi, tiba-tiba 3 buah kenderaan SPRM hadir untuk membawa berita sedih bahawa Dato’ Sri Najib perlu mereka tahan untuk didakwa esok jam 8.30 pagi, 8 Februari, 2019 di Mahkamah Sesyen Jalan Duta.

Apa perlunya beliau bermalam di lokap malam ini? Pernahkah beliau tidak hadir di SPRM atau di mahkamah apabila dipanggil? Alhamdulillah, selepas perundingan pihak peguam dengan pegawai-pegawai SPRM, akhirnya pihak SPRM menggunakan budi bicara mereka dan beredar pulang.

Insiden petang ini tidak akan berlaku jika Peguam Ketua Komunis Malaya dan Peguam Lim Guan Eng, Tommy Thomas tidak dilantik sebagai Peguam Negara. Sekiranya Tun Mahathir tidak tunduk dengan desakan DAP untuk melantik Tommy yang hanya mempunyai pengalaman dalam kes sivil dan tidak pernah mempunyai pengalaman mengendalikan kes jenayah, sudah pasti pendakwaan ke atas Dato’ Sri Najib tidak akan menjadi haru-biru seperti ini.

Tommy Thomas jelas tidak layak menjadi Peguam Negara dan wajar meletakkan jawatan. Sudahlah Jabatan Peguam Negara di bawah pentadbiran beliau mengamalkan pendakwaan terpilih dan gagal menegakkan “Rule of Law”, tindakan Tommy Thomas berdansa dengan individu kontroversi dan Menteri Hal Ehwal Undang-undang, jelas menunjukkan beliau tidak memahami konsep “separation of power”.

Tindakan beliau menyorok maklumat peletakan jawatan Ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Oktober lalu sehingga wujudnya tribunal yang mengaibkan untuk memecat orang yang sudah meletakkan jawatan, jelas menunjukkan beliau tidak mempunyai sifat amanah dan bertanggungjawab.

Tindakan beliau menceritakan tentang kes Dato’ Sri Najib yang masih dalam proses perbicaraan kepada kumpulan Tan Sri Faridah, G25, jelas menunjukkan beliau sebagai Peguam Negara telah menunjukkan contoh yang tidak baik dengan melakukan sesuatu yang menghina mahkamah.

Namun, kebodohan yang melampau dan tidak dapat diterima sama sekali adalah apabila Tommy Thomas melakukan 3 pertuduhan terus di Mahkamah Tinggi terhadap Dato’ Sri Najib, tanpa mendakwa beliau terlebih dahulu di Mahkamah Sesyen.

Saya fikir DAP hanya mampu melahirkan Menteri ‘Cap Ayam’, rupa-rupanya Peguam Negara yang mereka angkat juga ‘Cap Ayam’.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts