DARI TELUK INTAN KE SEMENYIH, ANTARA BERSATU DAN UMNO

433
SHARES
2.5k
VIEWS

Pilihanraya Kecil Semenyih, Selangor belumpun bermula tetapi bahang kepanasannya sudah mula terasa.

Penamaan calon pada 16 Februari. Undi awal pada 26 Februari dan pengundian pada 2 Mac 2019.

Kedua-dua belah pihak sibuk mengadakan pelbagai perjumpaan dan facts finding, bertujuan menyusun strategi dan menjalankan proses pemilihan calon. Agar memastikan mereka memilih calon yang benar-benar terbaik dan boleh menang (winnable candidate).

Dari Teluk Intan ke Semenyih. PRK Semenyih ada persamaan dengan PRK Parlimen Teluk Intan pada tahun 2014.

KEPUTUSAN PRK PARLIMEN TELUK INTAN PADA 2014 SEPERTI BERIKUT:

MAH SIEW KEONG (BN) = 20,157 undi.

DYNA SOFYA (DAP) = 19,919.

BN Menang Majoriti = 238 undi.

Keluar mengundi : 67.40% = 40,668.

KEPUTUSAN PRU 13 (2013), PARLIMEN TELUK INTAN:

SEAH LEONG PENG (DAP) = 27,399.

MAH SIEW KEONG (BN) = 20,086.

DAP Menang Majoriti = 7,313 undi.

Keluar mengundi = 80.70% = 48,839.

Apa yang menarik, DAP pada PRU-13 menang dengan majoriti 7,313 undi.

Manakala setahun selepas itu, apabila Ahli Parlimen mereka (DAP) meninggal dunia kerana mengidap penyakit kanser, DAP tewas kepada BN dengan majoriti: 238 undi di PRK 2014.

Turn-Over Undi sebanyak: 7,075 undi.

Di Semenyih, selepas 9 bulan PRU-14, Barisan Nasional memerlukan Turn-Over sebanyak: 8,964 undi untuk menang di Semenyih.

KEPUTUSAN PRU-14 (2018), DUN SEMENYIH:

PH (PBBM) = 23,428 undi.

BN (UMNO) = 14,464.

PAS = 6,966.

PSM = 1,293.

PH Menang Majoriti = 8,964 undi.

Keluar mengundi = 87.68% = 53,257 undi.

PRU-13 (2013) KELUAR MENGUNDI: 88.70% = 37,570 undi.

PRU-12 (2008) KELUAR MENGUNDI: 81.30% = 22,928 undi.

DI PRK TELUK INTAN 2014:

Pelbagai strategi yang berkesan telah dirancang dan dilakukan oleh UMNO, Parti Gerakan dan BN di PRK Teluk Intan bagi mengejar majoriti DAP sebanyak 7,313 tersebut.

Di PRK tersebut, Dato Shaarani (ketika itu, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak), kini Pengerusi Perhubungan, telah merancang dan menggunakan pelbagai strategi yang berkesan dengan dibantu oleh seluruh jentera BN Negeri-Negeri, Bahagian-Bahagian dan Pusat, sehingga membuahkan kejayaan yang luar biasa.

Panglima Pasir Salak, Dato Tajudin Rahman ketika itu ditugaskan menjaga PDM Melayu terbesar dan terpenting iaitu PDM Kampung Bahagia, dengan lebih daripada 4,000 pengundi orang-orang Melayu. Beliau beroleh kejayaan di Kampung Bahagia tersebut.

Antara strategi yang diguna-pakai ialah membawa pemimpin Melayu yang boleh berbahasa Hindu berkempen di kawasan PDM yang majoriti India. Di Teluk Intan, pengundi India adalah seramai 19%.

Strategi ini juga amat berkesan kerana terdapat PDM Majoriti India yang dahulu menyokong DAP telah kembali kepada BN ketika itu.

Lim Kit Siang pada ketika itu juga telah meletakkan seorang Calon Melayu kerana:

(i). Pada ketika itu terdapat 2 kem DAP di Perak. Kedua-dua kem mahu mencalonkan calon pilihan masing-masing; dan

(ii). LKS tidak mahu pepecahan berlaku di dalam DAP Perak, maka dia mencalonkan Setiausaha Politiknya sendiri, seorang gadis muda bernama Dyna Sofya.

LKS juga sebenarnya seorang strategis, dia mahu melihat sekiranya DAP meletakkan seorang Calon berbangsa Melayu, mahu ke orang-orang Melayu Teluk Intan menyokong calon Melayu pilihan DAP ini?

Jawapannya, tidak.

Perlu juga dingatkan, pada ketika itu, pada tahun 2014, Parti PAS masih lagi bersama DAP dan PKR di bawah satu Gabungan Gagasan Parti-Parti Pembangkang.

ANTARA TELUK INTAN DAN SEMENYIH:

Ada beberapa strategi di Teluk Intan yang boleh dipakai di Semenyih (yang tidak perlu didedahkan di sini). Tanya Dato Shaarani.

Seperkara yang penting, di PRK Teluk Intan tersebut, pengundi-pengundi luar bandar (Cina dan Melayu) dianggarkan seramai 10% telah tidak pulang mengundi.

Pengundi-pengundi atas pagar seramai lebih kurang 3.66% juga telah tidak keluar mengundi, kerana mereka berpandangan 1 kerusi Dewan Rakyat tidak akan menggubah kerajaan yang ada di Putrajaya.

Oleh yang demikian, peratus keluar mengundi pada PRU-13 (2013), iaitu seramai: 80.70% = 48,839 telah turun di PRK (2014) kepada: 67.40% = 40,668 orang.

Dengan turunnya peratus pengundi seramai: 13.66% = 8,171 orang/undi.

Maka, Majoriti DAP ketika itu yang berjumlah: 7,131 undi telah ranap di dalam PRK Teluk Intan 2014.

Oleh yang demikian, mengikut trend jumlah pengundi yang keluar menurun di kedua-dua PRK di Selangor tahun lalu, Majoriti PH (PBBM) di Semenyih yang berjumlah: 8,964 undi adalah tidak mustahil untuk dikejar oleh Barisan Nasional dan PAS.

TIDAK MUSTAHIL, BN boleh menang dan mengalahkan calon PH (PBBM), sekiranya jentera BN dan PAS bekerja keras dan diizinkan oleh Allah SWT.

Manakala, calon yang dipilih oleh BN, adalah calon yang benar-benar layak, berkebolehan dan disukai oleh rakyat Semenyih.

Dan seterusnya, diterima oleh ahli-Ahli UMNO, PAS dan rakan-rakan BN.

KAJIAN PUNGUTAN SUARA OLEH SATU BADAN BEBAS – ILHAM CENTRE:

Kajian Pungutan Suara (independent research centrepoll), mendapati 17%, orang Melayu Islam memilih Parti PKR sebagai sebuah parti yang melindungi kepentingan orang-orang Melayu serta mempertahankan isu berkaitan dengan agama Islam.

4% – Memilih Parti Bersatu.

3% – Memilih Parti Amanah.

30% – Memilih Parti PAS.

27% – Memilih Parti UMNO.

Manakala, 62.9% daripada orang Melayu Islam, merasakan bahawa pemimpin bukan Islam (di dalam Kerajaan PH), menguasai Kerajaan Persekutuan semenjak selepas PRU-14 iaitu selepas 9 Mei 2018.

Seramai 62% Orang Melayu percaya bahawa parti DAP merupakan sebuah parti yang mempunyai pengaruh terbesar di dalam sebarang keputusan yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan PH.

Kita tunggu dan lihat perkembangan seterusnya di PRK SEMENYIH.

Salam.

DSBA

7 Februari 2019

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts