BENARKAH SELEPAS INI UMRAH HANYA DIKENDALIKAN OLEH TABUNG HAJI?

417
SHARES
2.5k
VIEWS

Blogger Raja Petra Kamaruddin dalam blognya menyiarkan berita yang ditulis oleh SD Salleh mengenai arahan Lim Guan Eng menerusi Kementerian Kewangan yang mengeluarkan arahan agar umat Islam di Malaysia yang hendak menunaikan ibadah umrah hanya boleh melalui Tabung Haji sahaja.

Jika begitu adakah maknanya selepas ini agensi pelancongan atau syarikat pelancongan swasta tidak lagi dibenarkan untuk mengendali pakej-pakej umrah?

Jika ini ketetapan kerajaan yang terkini maka semakin jelas DAP melalui Guan Eng ingin mencampuri urusan orang Islam kerana amalan ini sejak sekian lama telah dijalankan oleh syarikat swasta yang tentunya juga milik orang Islam.

Malah amalan ini tidak mempunyai masalah berterusan sehingga perlu ‘nasihat’ oleh Kementerian Kewangan untuk mengehadkan hanya melalui Tabung Haji.

Kerajaan yang pura-pura mesra rakyat ini semakin jelas cuba menindas rakyat, terutama peniaga-peniaga swasta yang akan jatuh bankrap ataupun mengalami masalah kerana bergantung kepada perniagaan umrah semata-mata.

Jika ini dilaksanakan maka umat Islam akan semakin sukar melaksanakan ibadat umrah, tidak efisien dan juga menyusahkan Tabung Haji sendiri.

Malah keuntungan pula akan masuk hanya kepada Tabung Haji yang telah di’swasta’kan kepada SPV, juga oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang bukan Islam dan pasti beliau tidak berminat untuk memahami Islam apabila partinya sendiri memusuhinya.

Umat Islam tidak boleh mengharapkan Menteri Agama, Dr. Mujahid untuk memberi penjelasan kepada Guan Eng mengenai kepentingan umrah dilaksanakan seperti cara sedia ada dan tidak perlu diletakkan di bawah Tabung Haji kerana beliau sendiri tidak menjaga kepentingan orang Islam malah sibuk mengambil hati orang bukan Islam.

Jika benar urusan umrah akan diletakkan bawah Tabung Haji  seperti seperti arahan Guan Eng, maka bertambahlah satu lagi usaha mengganggu-gugat urusan ibadat orang Islam, selain dari usaha berterusan menyusahkan umat Islam walaupun mereka merupakan golongan majoriti dalam negara ini.

Jika orang Islam yang memerintah sebelum ini cukup berhati-hati dalam urusan kepercayaan dan agama kaum-kaum lain dan tidak pernah pula sibuk mengambil tahu hal mereka apatah lagi mencampuri urusan secara terus sebegini.

Apabila bertukar sahaja kerajaan maka bertungkus lumus mereka siang dan malam cuba mencari ruang dan jalan untuk mengambil hak orang Melayu  Islam dan Bumiputera yang dijamin Perlembagaan.

Justeru umat Islam wajib bersatu mempertahan hak dan menjaga kepentingan agama, walaupun berlainan pandangan dan parti politik kerana nampaknya kini di zaman Malaysia Baru, tidak habis-habis kepentingan umat Islam cuba dihakis secara terang-terangan.

Rujuk artikel berkaitan di portal Malaysia Today yang bertajuk “Guan Eng akan bunuh perniagaan orang Melayu”.

https://www.malaysia-today.net/2019/02/04/guan-eng-akan-bunuh-perniagaan-orang-melayu/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts