DAP KATA UMNO UMPAMA MENUNGGANG SEEKOR HARIMAU (PAS)

369
SHARES
2.2k
VIEWS

Pakatan Harapan (PH) sehari dua ini berterusan, menyatakan bahawa kerjasama UMNO dengan PAS sebagai penyebab kemenangan Barisan Nasional (BN) di Pilihanraya Kecil (PRK) Cameron Highlands, bukannya kekuatan sebenar UMNO atau kerana faktor Najib Razak.

P. Ramasamy (DAP), Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang juga menyatakan bahawa UMNO hendak melanjutkan kerjasama dengan PAS di DUN Semenyih, untuk memperoleh kejayaan seperti di Cameron Highlands.

P. Ramasamy berkata, UMNO dan BN mahu menggunakan formula dan strategi yang sama seperti di Cameron Highlands.

Dia juga selanjutnya berkata, jangan ingat parti PAS ini sebuah parti yang masih mentah (naive).

PAS akan ikut kehendak UMNO buat masa ini, sehingga satu ketika PAS akan mahu jadi parti yang dominan di dalam kerjasama politik ini.

Ramasamy kata, UMNO umpama MENUNGGANG SEEKOR HARIMAU, (Riding the PAS Tiger).

Ramasamy dan DAP tidak yakin kerjasama UMNO dengan PAS akan membuahkan kejayaan di PRK DUN Semenyih.

Ramasamy juga berkata, walaupun jumlah pengundi Melayu di Semenyih, 68% iaitu hampir sama dengan di Cameron Highlands.

Tetapi pengundi Cameron adalah pengundi luar bandar, manakala pengundi Semenyih adalah pengundi dalam bandar. Pemikiran dan pertimbangan mereka berbeza-beza.

Pakatan Harapan berasa yakin dapat mempertahankan kerusi Semenyih. Majoriti 8,964 sukar untuk digugat oleh UMNO dan BN.

ULASAN:

Agak menghairankan kenapa tiba-tiba Pakatan Harapan dan terutamanya DAP begitu risau dan bimbang kerjasama UMNO dengan PAS ini, sampaikan DAP kata UMNO umpama menunggang seekor harimau (PAS).

Kekalahan besar dengan majoriti 3,000 ribu lebih di Cameron Highland memberikan satu isyarat besar (wake-up call) kepada parti Gabungan Pakatan Harapan bahawa masa berbulan madu (honeymoon) telah berakhir.

Rakyat sudah sedar. Rakyat mahukan satu kerajaan yang kuat dan benar-benar boleh deliver kehendak rakyat serta menyelesaikan masalah kos sara hidup yang semakin tinggi.

Rakyat juga sudah sedar segala tipu helah Menteri Kewangan mengenai ekonomi negara.

Rakyat juga sudah sedar, gembar-gembur mengenai kes 1MDB tidak boleh dipakai. Sudah lebih 8 bulan PH memerintah, Najib Razak belum lagi dituduh sebarang kes berkaitan 1MDB. Kes-kes dan 42 pertuduhan sekarang ini, adalah kes-kes lain, bukan kes 1MDB.

KERJASAMA POLITIK UMNO DENGAN PAS

Penganalisa politik tanah air, kini dengan jelas nampak bahawa kerjasama politik yang kukuh antara UMNO dan PAS, amat merisaukan Pakatan Harapan.

Tiba-tiba apabila kerjasama antara UMNO dan PAS ini terjalin, telah berjaya membuatkan rakyat bangsa Melayu beragama Islam bersatu di dalam satu wadah perjuangan, memberi petanda awal kehancuran pengaruh PH terhadap pengundi-pengundi Melayu dan rakyat Malaysia.

Kini jelas kelihatan, PRK Semenyih akan menjadi medan peperangan yang amat sengit di antara PH dengan BN (dengan kerjasama PAS).

Kerajaan Pakatan Harapan tidak mampu kalah di Semenyih.

Manakala, Barisan Nasional dengan PAS GOT NOTHING TO LOOSE (tidak akan kehilangan apa-apa), kerana ini merupakan kerusi PH (PPBM).

Salam.

DSBA

2 Februari 2019

 

https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2019/02/01/umno-riding-a-tiger-dap-man-says-on-ties-with-pas/

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts