KERJASAMA PEMBANGKANG UNTUK WUJUDKAN ‘BERSIH’

381
SHARES
2.2k
VIEWS

BERSIH yang sudah tidak bersih

Apapun sejarah BERSIH ini, mudah sahaja iaitu BERSIH ini diilhamkan oleh DAP dan REFSA selaku  satu-satunya sekretariat BERSIH pada 2005.

REFSA bermaksud Pusat Penyelidikan Untuk Kemajuan Masyarakat (Research for Social Advancement), sebuah badan pemikir DAP, yang diketuai oleh Liew Chin Tong.

Terkini, Pengerusi BERSIH adalah Thomas Fann, Pengerusi Engage, sebuah NGO yang pro reformasi.

Antara tuntutan mereka melalui Himpunan BERSIH 5;

Pilihan raya bersih, kerajaan bersih, kukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah dan memperkasa Sabah dan Sarawak

Namun selepas PRU-14, aspirasi BERSIH ikut terkubur seiring dengan terkuburnya hakikat sebenar ‘Rule of Law‘ di negara ini yang berat sebelah dan memihak.

Walaupun sebelum ini mereka begitu obses dengan ketelusan dan berlagak suci seperti malaikat.

Malah kenyataan Thomas Fann sendiri amat berat sebelah apabila mengatakan “Tidak menjadi kesalahan sekiranya ‘duit minyak’ diberikan kepada sukarelawan, kerana ia direkodkan sebagai sebahagian daripada perbelanjaan calon.”

Bayangkan jika Barisan Nasional yang ‘ditangkap basah’, tentunya akan berlaku PRK lagi sekali di Cameron Highlands tidak lama lagi.

Sedangkan penipuan dan rasuah terang-terangan ini menyalahi tuntutan pertama dan kedua BERSIH sendiri iaitu, “Pilihan raya bersih” dan “Kerajaan bersih”.

SPR sendiri diam menikus apabila melibatkan kesalahan Pakatan Harapan

SPR juga tidak boleh diharapkan kerana Pengerusinya memilih untuk bergerak sebagai “One Man Show” atau Lone Ranger.

Sekurang-kurangnya Lone Ranger boleh bermesyuarat bersama Tonto, tetapi Art Harun bermesyuarat dengan siapa?

Beliau juga kelihatan rapat dengan pimpinan tertinggi Bersatu yang boleh ditakrifkan sebagai berpotensi untuk memihak.

Jika Pengerusi SPR Art Harun ini dilantik sebegini dan perkara ini berlaku ketika zaman Barisan Nasional, tentunya BERSIH sendiri akan berdemonstrasi membantah SPR.

Berguling-gulinglah mereka di jalanan kerana terlalu geram dengan SPR.

Tetapi apabila terkena atas batang hidung sendiri, BERSIH dan SPR bersatu hati konsisten memejam mata seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Kerjasama pembangkang wujudkan ‘BERSIH-Barisan’

Pembangkang wajib mewujudkan ‘BERSIH’ mereka sendiri untuk memantau perkara ini dan jadikanlah PRK Semenyih dan jika ada PRK lain lagi selepas ini sebagai medan latihan.

Medan sebenar adalah ketika PRU-15 kerana jika beginilah keadaannya yang berlaku pada PRK Cameron Highlands, PRU-15 akan lebih mencabar.

Tentunya akan lebih banyak lagi rasuah wang dan hamper, penggunaan kereta kerajaan (yang rupanya ‘dicuri’ oleh Timbalan Menteri), ugutan terhadap pengundi, kempen perkauman dan lain-lain kesalahan yang sudah boleh dijangkakan.

BERSIH-Barisan boleh menuntut Pengerusi SPR yang dicalonkan mendapat persetujuan kedua-dua BERSIH sebelum diperkenan oleh Majlis Raja-Raja dan seterusnya dilantik oleh YDP Agong

Jadikan ini sebagai salah satu tuntutan rasmi BERSIH-Barisan dan tidak mungkin BERSIH menolak kerana ini baru ketelusan sebenar.

Mungkin BERSIH sendiri akan terus terkubur kerana mereka sudah tidak diperlukan.

Ataupun BERSIH boleh menukar nama mereka menjadi BERSIN.

Yang akan berpura-pura bersin dan menutup mata apabila melihat penipuan, rasuah dan pencabulan pilihan raya dilakukan oleh Pakatan Harapan.

Ini baru ‘rule of law’.

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts