SIRI KEGAWATAN PADA TAHUN 1998, 2008 DAN 2018

20
SHARES
220
VIEWS

Jika di tahun 1998 dan 2008, negara kita mengalami kegawatan ekonomi yang berpunca daripada  kemelesetan ekonomi di seluruh dunia, tetapi masih dapat ditangani dengan baik terutamanya pada tahun 2008.

Tetapi kini pada tahun 2018, sekali lagi negara kita mengalami kegawatan ekonomi yang berpunca daripada kegagalan Pakatan Harapan mentadbir negara dengan baik sejak mengambil alih kerajaan pada Mei 2018.

Ini berpunca daripada kegagalan dan kelemahan Perdana Menteri ke-7, Tun Mahathir Mohamad dalam mengawal negara termasuk menegur menteri-menterinya yang tidak berpengalaman.

Tun Mahathir juga gagal memelihara dan menjaga hubungan dua hala dengan negara-negara lain termasuk mencetuskan ketegangan dengan Singapura.

Serta negara lain di blok Asia seperti China serta beliau gagal membawa masuk pelaburan yang diharapkan walaupun kerap keluar negara.

Keadaan ini dijangka akan berterusan sehingga 5 tahun yang akan datang melainkan ada sesuatu tindakan yang dilaksanakan segera.

Antaranya ialah apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke-8 dan menumpukan usaha membangkitkan kembali ekonomi negara yang semakin menjunam.

Persoalan adakah beliau mampu menerajui negara menjadi lebih baik ataupun tidak itu akan dibuktikan kemudian.

Sama seperti sebelum ini rakyat menilai Tun Mahathir sebagai penyelamat.

Tetapi perkara sebaliknya yang berlaku sehingga tercetusnya ketegangan kaum yang mengakibatkan kematian seorang anggota bomba yang masih tidak terbela sehingga ke hari ini.

Namun Anwar Ibrahim boleh mengambil iktibar atas kelemahan dan kesilapan Tun Mahathir dan bangunkan negara mengikut acuan baik sedia ada dan perbaiki mana-mana kelompangan yang ada.

Walau sudah kedengaran usaha untuk menghalang beliau menggantikan Tun Mahathir namun semua pihak wajar berpegang pada janji dan tidak perlu merencana perkara yang bakal mengkhianati perjanjian.

Rakyat sudah lelah dengan laungan reformasi, demonstrasi BERSIH dan segala macam salah guna kuasa dalam kerajaan selama ini.

Ceritalah kebenaran mengenai ekonomi dan hutang negara, pulihkan, bawa pelabur asing masuk kembali, jalin kembali hubungan baik antara negara dan perkasakan keselamatan negara.

Usaha untuk hentikan lambakan peniaga serta pekerja asing dan digantikan dengan tenaga kerja tempatan terutamanya di kafe ternama, pasaraya besar, melainkan pekerja asing yang diperlukan di sektor 3D.

Bangunkanlah negara dengan cemerlang bukannya jahanamkan dengan dendam kesumat.

Jika tidak, kita terpaksa mengharungi kesengsaraan untuk lebih kurang 4 tahun lagi sebelum dibenarkan untuk menukar kerajaan.

Ingatlah, Allah Taala jualah sebaik-baik Perancang.

Share on facebook
Facebook
Share on twitter
Twitter
Share on email
Email
Share on telegram
Telegram
Share on whatsapp
WhatsApp

Artikel Berkaitan

Send this to a friend