TRIBUNAL UNTUK MENYIASAT SALAH LAKU 6 ANGGOTA SPR ADALAH TIDAK SAH DAN TIDAK BERPELEMBAGAAN

379
SHARES
2.2k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

25 Januari 2019

1. Saya merujuk kepada kenyataan Media Peguam Negara bertarikh 24 Januari 2019 berkaitan penubuhan Tribunal yang terdiri daripada 5 orang Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan mengikut Perkara 114 (3),125 (3) dan 125 (4) Perlembagaan Persekutuan

http://www.agc.gov.my/agcportal/uploads/files/Publications/Press/2019/Media%20release-Appointment%20of%20Tribunal%20re%20Election%20Commission%20(BI).pdf

2. Dalam kenyataan media yang sama, kesemua 6 orang anggota SPR berkenaan TELAH MELETAKKAN JAWATAN berkuatkuasa 1 Januari 2019.

3. Fungsi Tribunal ini adalah untuk menyiasat sama ada berlakunya salah laku di kalangan 6 orang ahli tersebut yang boleh tertakluk kepada hukuman PEMECATAN.

4. Masalahnya Rule of Law tidak membenarkan PEMECATAN terhadap seseorang yang TELAH MELETAKKAN JAWATAN.

5. Oleh itu, tribunal 5 bekas Hakim ini TIADA LOCUS STANDI utk mendengar kes seperti ini.

6. Peletakan jawatan 6 orang ahli SPR berkenaan adalah sah mengikut Perkara 114 (3) Perlembagaan yang membenarkan mereka meletakkan jawatan pada bila-bila masa.

7. Kecuaian Peguam Negara tidak menasihatkan PM untuk mengadap YDPA lebih awal untuk menubuhkan Tribunal ini sebelum mereka meletakkan jawatan adalah amat dikesali.

8. Kegagalan Peguam Negara memberikan nasihat yang betul kepada YDPA (atau Timbalan YDPA) bahawa tribunal ini tidak boleh memecat orang yang telah meletakkan jawatan adalah satu cubaan mengelirukan YDPA.

9. Oleh itu Peguam Negara harus dipecat oleh YDPA melalui Tribunal yang sama di bawah Perkara 125 (3) dan (4) Perlembagaan atas salah laku dan kecuaian beliau menjalankan tugas Perlembagaannya.

10. The floor to dance for him is now open, free flow.

Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co. dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts