INI ADALAH SUATU PELANGGARAN PERLEMBAGAAN YANG SERIUS

702
SHARES
3.4k
VIEWS

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

25 Januari 2019

1. Perkara 114 (1) Perlembagaan Persekutuan menyatakan seperti berikut:

“Suruhanjaya Pilihan Raya HENDAKLAH DILANTIK oleh Yang Di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja, dan hendaklah terdiri daripada seorang Pengerusi, seorang Timbalan Pengerusi dan lima orang anggota lain.”

2. Ini bermaksud SPR itu hanya wujud apabila YDPA telah melantik 7 orang pemegang jawatannya seperti yang dinyatakan dalam Perkara 114 (1) Perlembagaan.

3. Setakat hari ini, YDPA hanya melantik Pengerusi SPR dan 6 orang ahli SPR lain masih belum dilantik.

4. Ini bermaksud SPR masih belum wujud mengikut Perkara 114 (1) Perlembagaan.

5. Yang wujud sekarang hanyalah “SPR HANTU” (dulu istilah pengundi hantu).

6. SPR HANTU ini telah mengendalikan 2 Pilihanraya Kecil setakat ini dan disebabkan SPR SAH masih belum wujud maka SPR HANTU tidak boleh berfungsi sebagai SPR sah mengikut Perkara 114 (1) Perlembagaan.

7. Maka keputusan PRK Port Dickson dan pengendalian PRK Cameron Highlands yang dibuat sekarang adalah TIDAK SAH DAN TERBATAL kerana tidak dikendalikan oleh SPR.

8. Mengikut RULE of LAW, SPR masih belum wujud.

9. Bagaimana sesuatu yang belum wujud, boleh mengendalikan PRK?

10. Pengerusi SPR bermesyuarat seorang diri dan membuat keputusan SPR secara seorang diri selama ini.

http://www.spr.gov.my/ms/info-spr/carta-organisasi/ahli-suruhanjaya

Beliau juga lebih dikenali sebagai Buzze Azam, seorang peguam di Tetuan Azam Aziz Shaharudinali & Co. dan juga Ketua Penerangan (Penaja) kepada Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA)

Facebook
Twitter
Email
Telegram
WhatsApp

Related Posts